sumber : InfoKPT (link)
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, yang menjadikan manusia dengan kesempurnaan, memimpin manusia dengan Dustur perlembagaan yang cukup teliti dan merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, penghulu segala para rasul dan Anbiya’, Saidina Wa habibina Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam. Kesejahteraan juga buat para pengikut dan juga para pewaris perjuangan Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam.
“Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Terasa Pedihnya”, begitulah peribahasa melayu yang selalu kita dengar sejak dari zaman berzaman yang mana mafhumnya sekiranya satu pihak mendapat musibah atau kesusahan, maka kesukaran dan kesusahan itu akan turut dirasai oleh satu pihak yang lain. Peribahasa ini selalu digunakan untuk mempamerkan akan keutuhan sesebuah persaudaraan. Perumpamaan ini amat sesuai jika dikaitkan dengan keadaan sekarang dimana Pengerusi Dewan Perwakilan Tanta(DPMT), saudara Dzulhilmi bin Roslan telah difitnah oleh Encik Khairi Jalalluddin, pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dengan menuduh Pengerusi DPM Tanta telah mempergunakan nama Kedutaan Malaysia untuk mengadakan hubungan baik dengan pihak keselamatan Mesir.
Tindakan Encik Khairi Jalalluddin yang menyebarkan fitnah di melalui facebook beliau tanpa mengadakan perbincangan dan mendapatkan kepastian terlebih dahulu sedang hangat diperkatakan oleh mahasiswa dan mahasiswi Mesir khususnya warga Tanta yang turut merasai kesusahan yang dialami oleh pengerusi mereka. Ia juga, menimbulkan perpecahan dan perasaan tidak puas hati terhadap JPMK.
Saya bagi pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) merasa kesal dan kecewa dengan sikap pegawai tersebut yang sepatutnya bertindak dengan secara professional dan bijak.
KPT sekali lagi menyatakan kekesalan terhadap tindakan yang dilakukan oleh Pegawai tersebut. Oleh itu, kami warga KPT selaku persatuan yang bernaung di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) meminta agar pegawai yang terlibat meminta maaf secara terbuka kepada Pengerusi DPM Tanta bagi membersihkan nama individu yang terlibat.
“BERILMU DAN BERAMAL”
“KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”
Mohd Riduan Bin Abu Bakar
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu sesi 2009 / 2010.
Pejabat KPT, Kompleks Darul Iman,
Hayyu Asyir, Kaherah.
0 comments:
Post a Comment