Sepertimana yang telah saya siarkan di sini (link) bahawa saya menerima dua helai kertas bertulis tangan oleh salah seorang daripada 4 pelajar pergigian, yang mengikuti "Malaysian Dental Program", yang terkandas. Bahkan tidak mendapat sebarang pembelaan.
Lebih teruk apabila mereka telah dipergula-gulakan oleh pegawai JPMK. Saksikan apakah yang terjadi ketika mereka berdua (daripada 4 orang) yang berurusan dengan pegawai JPMK. Cuma, tarikhnya mereka tidak ingat.
Saya sudi menerima sebarang penjelasan sekiranya terdapat fakta yang salah. Cuma perlu ingat, saya punya saksi untuk menceritakan kejadian ini.
Pertama kalinya, dua orang pelajar pergigian pergi menemui En Sulaiman di Pejabat JPMK. Namun, hasil yang diterima seperti biasa, "dalam proses".
Seminggu selepas itu, mereka datang lagi ke pejabat JPMK yang memakan masa sejam lebih dengan menaiki bas bernombor 359. Setibanya di sana, mereka dapat menemui Prof Jamil sendiri, dan beliau telah memberikan beberapa penjelasan.
Katanya, mereka berempat yang terkandas ini kerana profile mereka "ditahan" di Pejabat Presiden Mesir, Husni Mubarak. Uiyoo.. Beliau berkata lagi, bahawa gred mereka tidak melepasi gred yang sepatutnya, dan gred SPM 2004/2005 (kerana kelewatan).
Minggu seterusnya mereka pergi lagi ke pejabat, namun Khairi yang sepatutnya menguruskan urusan mereka tiada di Pejabat. Balik pulak dengan tangan kosong.
Minggu seterusnya lagi, alhamdulillah, dapat juga bertemu dengan Khairi. Beliau menyatakan bahawa surat telah dihantar kepada En Saiful (KBMK) supaya campur tangan dalam urusan ini.
Mereka bertanya kepada Khairi, tak bolehkah keluarkan surat untuk memasuki kuliah,.. kerana mereka sudah banyak terlepas disebabkan tiada pengesahan kuliah. Ermm.. Khairi pun meminta mereka bertemu denga Prof Jamil untuk mengeluarkan surat tersebut.
Prof Jamil meminta kepada "kakak" yang sebilik dengan Puan Salwa. Setelah menerima surat tersebut, mereka segera menyerahkannya kepada Dekan, dan Dekan membawa ke peringkat yang lebih tinggi.
Salah seorang daripada 4 orang ini pergi menemui Khairi di ARMA (pejabat yang beroperasi di ARMA) bersama beberapa pelajar perubatan yang lain. Apabila bertemu dengan Khairi, dia bertanya dengan menggunakan ayat pedas..
"Kawan lain mana? Tido ke?... "
Habis sedikit kronologi yang menimpa mereka. Apa yang disaksikan di sini ialah, mahasiswa seolah-olah dijadikan seperti bola.. sekejap tendang ke sini, pastu ke sini pulak. Kenapa awal-awal lagi Prof Jamil "tidak terfikir" untuk mengeluarkan surat tersebut?
Last-last, setelah jumpa Khairi.. dia suruh jumpa Prof pulak.. Sebelum tu, Khairi suruh jumpa Duta.. Aih.. Ingat kami bola ke? Mungkin saya tidak merasai perasaan mereka yang sebenar, tetapi cukuplah dengan artikel ini untuk menyerlahkan "perkhidmatan mereka yang cemerlang 2010" itu..
Sehingga kini, seramai 4 orang masih lagi tidak dibenarkan menduduki peperiksaan, sedangkan peperiksaan pada 3 atau 4 Mei ini. Dan kelas langsung tidak pernah masuk disebabkan masalah ini. Beberapa subjek peperiksaan telah pun terlepas begitu sahaja..
Fuhh..
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment