23 April 2010

Isu Rampasan Hak Mahasiswa Melayu Mesir, Kenapa?

Isu Kutub Sittah yang melakarkan sejarah hitam dalam pentadbiran JPMK pada sesi ini menjadi ingatan bagi setiap mahasiswa Mesir, tidak kira perubatan mehupun pengajian Islam. Semuanya sedar tentang kepincangan yang telah dibuat oleh JPMK untuk merampas kebebasan mahasiswa dalam mendapatkan ilmu Hadis daripada Para Masyaikh. (link)

Sedih apabila melihat rampasan hak mahasiswa dibuat terang-terangan oleh pihak terbabit. Ia bertambah teruk apabila kenyataan yang dibuat oleh Prof Jamil ketika di Malaysia sangat bercanggah dengan apa yang terjadi. Segalanya diputarbelit seolah-olah mereka bersih daripada sebarang tuduhan.

Tidak dinafikan, ia akan berulang buat kali kedua. Ya, saya yakin bahawa isu rampasan hak mahasiswa akan diulangi lagi oleh JPMK untuk memadamkan al Azhar dari mata masyarakat Melayu. Melenyapkan golongan ulama' yang terhasil dari bumi Anbiya merupakan salah satu agenda yang dibawa oleh JPMK, dan ia terserlah dengan Isu Kutub Sittah ini.

Ya, ia pasti akan berulang. Ia pasti akan berulang. Dengan strategi yang berbeza dan pendekatan yang lebih halus akan digunakan bagi "menghabiskan" golongan ulama dari bumi ini. Bukan sahaja JPMK, bahkan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) juga terlibat sama dalam perecanaan ini.

Bagaimanakah strategi mereka? Tidak mungkin akan diketahui secara umum. Tetapi ia boleh dilihat dengan apa yang berlaku selama ini. Lihatlah usaha untuk menghapuskan muadalah, kemudian mencipta "Universiti al Azhar Melayu". Antara tenaga pengajar U ini ialah Datuk Duta sendiri.

Kitab yang diajar oleh beliau bercanggah dengan manhaj al Azhar yang sebenar. Sekiranya apa yang saya utarakan ini tidak bertepatan, sila tampil untuk membuktikannya dan memberitahu perkara yang sebenar. Ini adalah hasil aduan mereka yang turut serta dalam kelas tersebut.

Selain itu, Faks telah digunakan oleh pihak "gatal tangan" untuk melambatkan dan menyusahkan proses urusan passport. Persoalannya, apakah dosa kami sehinggakan kamu ingin merampas hak kami sebegini rupa? (link) (link)

Mengikut kajian peribadi saya, saya mendapati bahawa kehadiran mahasiswa perubatan pada tahun ini bakal mencecah angka 1400 orang. Keahlian perubatan ketika ini sekitar 3200 orang. Manakala pengajian Islam sekitar 5000 orang, dan kehadiran pada tahun ini dijangka susut 70 % berbanding kedatangan pada sesi 2009/2010.

Antara yang lain, urusan pendaftaran kuliah pengajian Qiraat masih belum diselesaikan. Masih ramai pelajar qiraat yang sepatutnya didaftarkan oleh pihak JPMK, tetapi tidak dilakukan sehingga ke hari ini. Ia sudah memakan tempoh yang panjang daripada kehadiran mereka pada bulan 8, 2009. (sila lihat pada gambarajah)


Kes kelewatan pendaftaran mahasiswa Qiraat ini sudah bermula pada 2007 lagi (seingat penulis). Tidak dapat dipastikan punca sebenar kelewatan ini. Tetapi, apa yang pastinya segalanya di bawah urusan JPMK.

Persoalan di sini ialah, dimanakah fungsi pihak tersebut? Di manakah hak kami? Apa salah kami? Kenapa terdapat tangan-tangan kotor hendak menghapuskan ulama Melayu dari al Azhar? Kenapa dan kenapa?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

Ibnu Ir Fadzil on May 2, 2010 at 11:44 PM said...

Ada orang tersalah sangka, Universiti al Azhar Melayu ini bukanlah Kuliah Ulum. Apa yang saya maksudkan hanyalah "kuliah biasa" yang diajar oleh Dato Zainal di ARMA.

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal