08 April 2010

Saya AJK Program Annual Dinner...


kiriman : inilhukmuillalillah@yahoo.com

Assalamualaikum

Saya adalah seorang pelajar perubatan tahun 3 Mansoura Universiti serta sebagai AJK yang menganjurkan Majlis tersebut.

Pertama, saya ingin menyatakan kekesalan saya terhadap editor atau admin yang mengelola website ini ( Tranungkite.net ). Selama ini, tranung-kita adalah rujukan saya bagi mengetahui isu-isu semasa dan politik negara.

Sangat tertarik dan banyak faedah yang saya terima. Namun, selepas post http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3833 (Akan Lahir ULAMA dari???) yang dikeluarkan oleh pihak Tranung, kekesalan yang melimpah ruah dan ketelusan pihak tranung meragukan saya.

Sikap profesional juga membimbangkan saya dengan 'syubhah-berita' yang dikeluarkan. Meskipun fitnah sebahagian orang memandang sebelah mata, namun keterlaluan dan keterlanjuran pihak admin dapat membantu umat seluruh dunia, terutama malaysia dalam memberi berita-berita yang benar dan tiada unsur-unsur keyahudian.

Kedua, saya diantara gambar-gambar yang dikeluarkan di atas. Kalau dari pihak info-kini.blogspot saya tidak kisah sangat kerana kelantangan suara-suara pelajar yang terus membabi buta untuk meraih blog dan persatuan. Namun, jika tranung sendiri yang terlibat dan terpengaruh dengan beberapa penuduhan palsu, telah membuatkan sebahagian orang kesal dan kredebiliti tranung juga terjejas dengan tiada ketelusan mengeluarkan berita.

Ketiga: Majlis tersebut adalah Majlis Annual Dinner yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Mansoura (GMMSC). Beberapa orang kenamaan Universiti Mansoura juga turut hadir. Antaranya, Dr.Said Abd Hadi (Head Department Manchester Program University of Mansoura) elsaidhady@yahoo.co.uk, Dr.Dalia Saleh (Co-Ordinator Manchester Program University Of Mansoura) meteor_381@hotmail.com ,dan dua pegawai GMN, Ust. Ridhwan (ridhwan.sm@gmail.com) dan Abg Adnan.

Keempat: Tentatif program diisi penuh dengan majlis keilmuan (bersesuaian dengan pelajar Medik) dan berjalan dengan amat baik sekali. Antara tentatifnya secara rawak:

1. Majlis bermula dengan bacaan iftitah majlis dan ucapan alu-aluan kepada hadirin, terutama wakil University dan Pegawai GMN.

2. Ucapan Pengerusi GMMSC Ahmad Syamir Bin Abdullah

3. Ucapan Dr.Said Abd Hady serta taklimat proses pengajian setiap semester dan soal jawab secara langsung dengan pelajar.

4. Ucapan Nasihat dan pengalaman pelajar 1st Batch :Semester 8 Tahun 4: Mohd Amin Yassin (Di Jemput Oleh Dr.Said Abd Hady), Ucapan pelajar 2nd Batch : Semester 6 Tahun 3: Noor Syeila Bt Rosly. Dan turut memberi pandangan pelajar semester 7 tahun
4: Nama panggilan Pian (Tak pasti nama penuh).

5. Majlis menjamu selera dengan hidangan makanan arab yang pelbagai jenis.

6. Pembahagian Anugerah Pelajar Cemerlang Setiap Batch seramai 7 orang Pelajar (Anjuran University: International Head Student Department: Dr.Nasreen Mahmoud). (Maaf Penulis tak ingat nama setiap pelajar)

7. Cabutan Bertuah kepada hadirin

8. Pengumuman King & Queen. (Beberapa tanggapan buruk dan tuduhan palsu 'Fitnah' yang mengatakan kedua King & Queen ini mendapat ganjaran bilik untuk bermadu). Bagi pihak penulis: Pihak menganjur begitu berjaga-jaga untuk memilih anugerah tersebut, kerana jika dilihat pasangan yang diumumkan adalah senior yang baik dan sangat prihatin kepada juniornya serta banyak berbakti kepada seluruh pelajar dengan mengadakan kelas tambahan dan program-program keilmuan.

Terutama Queen sendiri yang terpilih adalah pelajar yang berpakaian sopan dan bertudung labuh sebagai contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.

9. Persembahan akustik Pelajar Malaysia (Raba3 Firakh) yang menjuarai Talent Show di bawah program University Mansoura.

10. Majlis penutup oleh Pengerusi GMMSC.

11. Majlis bersurai.

Tambahan 1:

-Program ini berjalan dengan lancar. Jam 6 petang, seluruh AJK sudahpun bersiap sedia di Dewan Crytal Ramada Hotel.
-Para AJK lelaki bersama-sama solat Maghrib berjemaah sebelum majlis dimulakan.
-Bacaan Doa pembuka majlis jam 8.30mlm (Majlis bermula).
-Pengasingan pintu masuk lelaki & perempuan
-Pengasingan meja duduk lelaki & perempuan
-Tiada ganjaran bilik kepada Pemenang.
-Di akhir majlis; Pantauan dari AJK kerohanian mengawal pelajar pulang serta mushrif2 bertugas untuk pulang kerumah (bagi pelajar wanita)
-Jam 11.30mlm pelajar sudah bersurai & juga AJK sudah siap kemaskan barang.
-Majlis ini majlis pelajar Medik, bukan pelajar al-Azhar

Tambahan 2:

-Jika program ini dikira anjuran menjurus maksiat, penulis rasa agak terlanjur menghukum. Maksiat di mana-mana berlaku. Percampuran? dalam satu majlis? (kami dah elakkan dengan pembahagian tempat bagi lelaki dan perempuan). Kalau di Malaysia, kita juga hadiri majlis ceramah yang dianjurkan oleh pemimpin kita, percampuran berlaku juga. Akan tetapi, kenapa bila kami adakan majlis tersebut (dengan sebaik mungkiin) ada juga masalah?. Kita ke masjid, keluar masjid tetap berjumpa dengan ramai masyarakat lain terutama apabila keluar solat jemaah yang ramai seperti taraawekh. Tetap percampuran.

- University Mansoura adalah Universiti lain dari al-Azhar University. Memang tidak dinafikan ada sebahagian pelajar tidak menutup aurat. Berambut merah, berjeans dan jauh sekali dibandingan dengan pelajar al-Azhar. Pendek kata sosial mereka lebih luas dari pelajar al-Azhar yang bergelar ustaz/ustazah. Akan tetapi, selama saya tinggal di sini, kami turut mempelajari agama dari kelas yang dianjurkan oleh ustaz-ustaz. Kami tahu bentuk agama dan bentuk bukan agama. Agama itu syumul dan tidak terlalu sempit. Dan ada juga pelajar di bawah GMMSC, dulu ianya tidak bertudung dan sekarang bertudung dan melaksanakan solat 5 waktu.

-Jika dibandingkan pelajar-pelajar di sini, ada beberapa bentuk/jenis pelajar memahami keaadaan sekeliling. 1. Pelajar yang hidup dalam lingkungan sosial yang luas (ini boleh dikira dengan jari. Dan pihak AJK kerohanian sentiasa mencari jalan yang baik untuk rapat dan friendly dengan mereka). 2. Pelajar yang hidup dalam lingkungan sederhana (ini majoritinya. di kalangan pelajar ini. Tahu tanggungjawab. Menghormati orang. Succes belajar dan tidak ponteng kelas. Bersesuaian hanya fokus dengan belajar. 3 Pelajar yang hidup dalam keadaaan sempit (Second majoriti pelajar di Mansoura. Mereka mengatakan mereka adalah benar dan sentiasa mengishtiharkan mereka membawa sepanduk Allah. Akan tetapi banyak perkara hypocrite berlaku. Belajar kurang memuaskan. Hubungan dengan university juga kurang membantu sehinggakan GMMSC terpaksa menyelesaikan setiap program yang diberikan kepada mereka).

-Ada ustaz mengatakan 'al-adlu huwal wastu'. Saya tak pasti, hadith atau ustaz tu yang cakap. Makna: Adil adalah Sederhana. Jika dilihat pelajar-pelajar di sini adalah amat sederhana sekali jika dibandingan dengan pelajar-pelajar di Malaysia. Terutama: Program ini. Tiada keterlaluan. Majlis dijaga dan tiada unsur-unsur yang boleh memudaratkan agama.

-Masalah di sini adalah propaganda dan buat-buat cerita (fitnah) dengan mereka cerita menjurus kearah maksiat. Fitnah berlaku di mana-mana. Allah Maha Mengetahui. Sekarang, hanya yang berlaku terhadap majlis ini adalah cerita-cerita sambilan untuk menarik perhatian orang ramai bagi maksud-maksud tertentu. Kerana pelajar Medik kah? Atau kerana Persatuankah? Atau kerana Agen kah? atau kerana sifat dengki dan tidak ikhlas kah? atau tidak cukup ilmu untuk memimpin orang? atau kerana takut revolusi orang yang arif tentang agama dan dunia akan dilahirkan? atau kerana sifat yahudinya membuak-buak untuk merosakkan umat islam.

-Kata Seorang Ustaz: ada 2 jenis hubungan. Hubungan dengan Allah dan Hubungan dengan Manusia. Dengan Allah bertaubatlah. Tetapi dengan Manusia, perlu cari dan memaafkkannya.

Mohon Maaf jika ada terkasar bahasa.
Sekian

p/s : Sebarang kiriman email yang disiarkan tidak menggambarkan pemilik blog ini. Sesiapa yang ingin menghantar email, sila hantarkan kepada ibnuirfadzil.blogspot.com

1 comments:

Ibnu Ir Fadzil on April 9, 2010 at 7:59 AM said...

Jangan lupa membaca artikel di bawah :

http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/04/biarlah-diri-ini-beralah-walau-difitnah_09.html

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal