Saya ingin bertanya kepada semua, adakah Agen-agen yang memasukkan pelajar perubatan, semuanya berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi? Soalan ini ringkas, dan ia memerlukan jawapan yang panjang dan pelbagai.
Saya bukanlah mahasiswa perubatan, bukan juga datang melalui agen-agen. Oleh itu, saya harap persoalan ringkas ini boleh dijelaskan oleh sesiapa sahaja yang merasakan perlu untuk diberitahu.
Saya tidaklah layak untuk mengata itu dan ini, melainkan penjelasan daripada para pembaca sekalian. Adakah di sana terdapat masalah dengan melalui agen? Saya harap, sesiapa yang boleh tolong jawabkan, silakan.
Kalau ISMA, asyik berkata.. sepatutnya enta kena tabayun.. enta kena tanya.. Dan bermacam-macam lagi. Maka, saya ingin memberitahu, enta tahu mana ana tak tanya? Enta tahu mana ana tak tabayun. Enta menghukumkan ana tak tabayun, sedangkan enta pun tak tabayun terhadap ana.
Kalau Kelab UMNO pula, faham-fahamlah.. tak perlu tulis di sini. Saya hanya inginkan ulasan berkenaan masalah agen sekiranya ada, dan adakah kita pasti agen tersebut berdaftar. Ok.. jangan masam-masam, senyum sikit.
Artikel tambahan yang berkaitan :
p/s : Terima kasih kepada Lutpi kerana tolong ingatkan..
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
4 comments:
bukankah dah ada artikel seblm ni berkenaan agen?
link 1 - http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/analisis-tentang-penganiyaan-terhadap.html
link 2 - http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/05/analisis-tentang-penganiyaan-terhadap_29.html
Ana baru letakkan link. Terima kasih kepada Lutpi, dan cuba baca perenggan kedua terakhir.. hehe..
ana khuatir lama2 student medik di mesir jadi mcm student medik di ukraine..
SENARAI AGEN YANG BERDAFTAR DENGAN KPT
http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/06/senarai-agen-yang-berdaftar-dengan-kpt.html
Post a Comment