12 April 2010

Penyakit "Suami Hantu" Bakal Merosakkan Rumahtangga Idaman

Alhamdulillah, cantiknya keluarga bahagia..


Seorang pemandu lori yang berusia 31 tahun, juga seorang bapa kepada seorang anak berusia 5 bulan mengalami penyakit "suami hantu". Penyakit ini bukanlah yang pertama dalam sejarah, tetapi ia kerap dialami oleh mereka yang kuat cemburu.

Kisah ini telah disiarkan di dalam Harian Metro hari ini. Antara gejala-gejala penyakit suami hantu ini ialah memukul isteri setiap hari. Inilah tabiat mereka yang mengalami penyakit ini.

Selain itu, lelaki yang mengalami penyakit ini juga dengan selambanya memaki hamun wal menerajang isterinya tanpa belas kasihan walaupun di hadapan mertuanya. Bertambah malang, si isteri yang berumumr 23 tahun itu pernah diterajang sampai jatuh, dan ketika itu dia sedang mengandung 6 bulan.

Pada saya, penyakit ini adalah penyakit gila tendang, yang terhasil daripada penyakit suami hantu wal hampeh. Langsung takda perasaan sayang kepada isteri sendiri. Bertambah teruk apabila penyakit ini merebak ke mulut. Si suami hantu ini pernah melafazkan 2 kali talak.

Tapi, si suami hantu ini masih lagi ingin mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya. Memang hantu pun. Si suami ini juga pernah menuduh anak di dalam kandungan isterinya itu adalah anak haram, hasil hubungan isterinya dengan teman istimewa yang lain. Amacam? Hantu tak suami macam ni?

Mertua dan isteri kepada suami yang mengalami penyakit suami hantu ini telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (Georgetown) Pulau Pinang, bulan lalu.

Antara bahana yang diperolehi hasil penyakit "suami hantu" ini ialah menuduh isterinya berzina. Maka si suami telah meli'an (melaknat) isterinya. Secara automatiknya mereka telah tercerai. Ia tidak sama dengan hukum qazaf, yang memerlukan 4 orang saksi. Cukup sekadar bersumpah.

Setelah terlafaznya sumpah daripada si suami yang mengatakan isterinya berzina, maka isteri pula perlu bersumpah untuk menafikannya. Sekiranya tidak, isteri akan dikenakan hudud disebabkan berzina. Setelah itu, mereka berdua diharamkan kahwin selama-lamanya.

Antara dosa yang diterima juga ialah mentalak isterinya kemudian mengajak untuk membuat hubungan kelamin, seolah-olah menarik balik lafaz tersebut. Tak semudah itu. Di sana terdapat beberapa kaedah "rujuk" yang digariskan, dan ia terlalu panjang untuk diceritakan di sini.

Terajang isteri? Lagi la dapat dosa. Terajang orang lain yang tidak bersalah juga dapat dosa, apatah lagi isteri sendiri. Kalau isteri buat jahat sekalipun, teguran yang "paling tinggi" Islam letakkan ialah dengan memukul lembut dengan kain, pada anggota-anggota yang selamat.

Itupun setelah menasihat beberapa kali dan beberapa perkara lain yang mesti dibuat terlebih dahulu sebelum itu. Cuma, mari kita doakan agar kita dikurniakan dengan pasangan hidup yang baik, dan diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Juga dijauhkan daripada unsur-unsur yang dibenci oleh Allah dalam rumahtangga.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal