26 March 2010

Dari Dato Seri Nizar


sumber : kamparinn.blogspot.com

PERTEMUAN DENGAN WARGA DAN PELAJAR TIMUR TENGAH DAN UK

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kehadrat Allah SWT bahawa kami mewakili Badan Perhubungan Pas Perak telah berjaya mengadakan siri lawatan penerangan bertemu para pelajar dan warga Malaysia khususnya pelajar dari Negeri Perak di Timur Tengah, UK dan Ireland. Siri lawatan sepanjang 2 minggu bermula (9 march -23 March) dipimpin oleh Pesuruhjaya Pas Perak Ust Abu Bakar Husin.
Bermula dengan bertemu dan ramah mesra di Mesir (Kaherah) dan Jordan (Mu'tah, Irbid dan Aman). Kemudian kami bertolak ke UK dan kami berbahagi 3 kumpulan bagi membolihkan kami menjelajah sebanyak mungkin bandaraya yang ramai penempatan pelajar-pelajar Malaysia.
Di UK, saya sendiri mengetuai kumpulan pertama menjelajah dan mengatur program di London, Coventry, Warwick, Newcastle, Leeds, Manchester dan Dublin di Ireland.

Program banyak berbentuk soal -jawab dan memberi ruang seluas-luasnya untuk pelajar bertanya perkara -perakara dan isu yang tidak diperolehi di media siber internet. Berkenaan apa yang terjadi dan insiden terkini kebanyakan pelajar telah mengetahuinya hasil bacaan dan makluman yang mudah diperolehi. Namun tafsiran dan makluman dalaman yang diberi penerangan khususnya kemelut rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh Najib Tun Razak pada 5 Feb 2009, yang mereka amat mahu perincian lanjut.

Alhamdulillah kami berjaya menerangkan kesemua perkara yang tidak jelas ataupun masih keliru berkenaan isu semasa dan krisis perlembagaan Perak serta tindakan PR seterusnaya dimasa akan datang.

Kami yakin melalui pertemuan dan program dalaman serta terbuka/umum yang diadakan di banyak universiti disana , telah memberi impak dan sokongan jitu dari pelajar Timur Tengah, UK dan Ireland kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas. Sekali gus akan pasti menyulitkan UMNO BN untuk terus berbohong serta menyebar fitnah dikalangan para pelajar yang tidak mudah menerima apa sahaja yang dikatakan oleh pemimpin UMNO yang bertemu mereka. Alhamdulillah kami selamat sampai jam 5.30 petang pada 23 March 2010 di KLIA.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal