29 March 2010

Hentikan Pembinaan Tembok Pemisah Ustaz-Medic!


Perubatan Jangan Fikir Diri Mereka Terasing

Terkilan dengan beberapa tohmahan daripada adik-adik medic sendiri. Persepsi yang tersilap apabila mereka meletakkan diri mereka terasing daripada ustaz dan ustazah. Siapakah yang pernah mengasingkan mereka? Siapakah yang berniat untuk memulaukan mereka? Atau diri mereka sendiri yang beranggapan demikian.

Pernah saya memberi ucapan ketika Muhasabah Separuh Penggal sempena Mesra 10 di Rumah Perak. Telinga ini sudah tidak mampu menerima pelbagai kritikan yang bersifat “persepsi” apabila beberapa adik kita di kalangan medic yang mendakwa diri mereka terasing, dan tidak “dilayan”.

Lalu, terkeluarlah daripada mulut ini..

“Tolong jangan rasa terasing!” dan “Tolong jangan rasa diri itu dipulau”.. Ini hanya persepsi.

Persepsi Salah

Pelik, kenapakah mereka boleh berkata demikian? Saya termasuk tenaga pengisi untuk mahasiswa Medic di Sayyidah Zainab, dan memegang beberapa usrah di sana. Ustaz Nazrul dan Ustaz Hairul yang sibuk menyusun jadual pengajian untuk mereka. Sebelum ini Ustaz Syed Abdul Qadir, dan banyak lagi.

Usrah di Iskandariah pun dari kalangan ustaz-ustaz. Apakah ini yang dikatakan sebagai “ustaz dan medic terdapat gap”? Kami sebagai ustaz rasa terpukul dek penghinaan yang mengatakan kami membiarkan medic. Tolong jangan buat tuduhan.

Satu lagi nak ingatkan, tolong jangan bina tembok pemisah di antara medic dan agama. Saya yakin semua medic tidak suka dengan tembok ini. Tetapi tembok ini terbina disebabkan persepsi yang mengatakan bahawa Ustaz-ustaz tak layan mereka. Hentikan persepsi ini wahai sahabatku!

Kita Sama-sama Jadi Mangsa

Hakikat yang tidak boleh dinafikan.. semenjak kebanjiran pelajar medic, Ustaz-ustaz mengalami kesukaran untuk menyebarkan dakwah. Memang pening. Seolah-olah ombak besar sedang melanda pantai, dan melepasi tembok yang dibina untuk menyelamatkan kampung di persisiran. Faham maksud ini..

Cuba fikir, siapa punya tangan yang menyusahkan medic? Tangan siapa yang banyak menipu adik-adik medic? Semua tu kerja agen. Agen dah banyak menipu, walaupun di hadapan mata nampak baik. Sudah bertimbun aduan yang diterima dari kalangan adik-adik medic sendiri.

Cuba fikir, siapa punya tangan yang “memperkenalkan agen” di sini? Tak perlulah saya mendedahkan beberapa individu yang menghasilkan idea untuk menipu adik-adik medic secara besar-besaran. Antaranya, pelajar kelas akaun pun datang Mesir sambung perubatan. Tak pelik ke? Di Malaysia SPM dapat 1 A pun boleh sambung Medic di sini.

Bukanlah niat ini untuk mempersoalkan si mad’u. Tetapi untuk memberitahu bahawa di sana terdapat penipuan yang banyak oleh tangan-tangan yang tidak berguna, sehingga menyebabkan MEDIC dan USTAZ masing-masing terasa disusahkan! Ingat, kita ini mangsa gelombang ini. Jangan tunding jari kepada MEDIC atau USTAZ. Kita ini mangsa.

Kami Prihatin

Cuba tanya Pengerusi Medic, Dr Husaini sendiri.. Saya akrab dengan beliau.. Beliau sendiri mengadu masalah-masalah yang dihadapi di kalangan ahli Medic sendiri. Berapa ramai yang berpersatuan? Berapa ramai yang gatal tangan dok timbulkan perpecahan? Berapa ramai lagi yang tak ikut usrah? Berapa ramai keluar malam? Dan banyak lagi...

Ini bukti kami prihatin! Bukannya nak bina tembok pemisah. Cuba bayangkan kalau ustaz-ustaz langsung tidak mengulas isu medic, sudah pasti ramai yang mendakwa bahawa ustaz-ustaz sudah tidak cakna dengan adik medic. Buat tu salah, tak buat pun salah juga.. Inilah persepsi.

Sila tanya kepada pimpinan Medic, pening tak hadapi agen? Isu agen ni, semua orang pening. Bukan nak salahkan medic yang ikut agen, tetapi salahkan si agen tu sendiri. Nak duit punya pasal, habis semua benda dibuatnya.

Sekarang ni apa yang terjadi kepada adik-adik Medic yang dihantar ke Rumah KL dan Rumah Perak (baru-baru ini) dan Kelantan, kemudian si agen-agen buat pekak telinga sahaja? Mereka lepaskan tangan begitu sahaja. Sedangkan duit penginapan dan penempatan mereka dibayar kepada agen-agen ini. Tetapi apabila diletakkan di rumah-rumah negeri, habis hangus duit penempatan yang adik-adik kita bayar kepada mereka.

Isu JAKSI

Di kalangan Medic sendiri tertubuhnya JAKSI. Terdapat mulut-mulut yang menghentam JAKSI ini. Kononnya jaga tepi kain orang, dan sebagainya! Di manakah sokongan kamu terhadap Perubatan Pusat? Di manakah sokongan kamu terhadap JAKSI ini? Di manakah sokongan dan wala’ kamu terhadap Dr Husaini sebagai Presiden?

Timbalan Pengerusi Medic Mansurah dipukul. Berapa ramai yang tahu? Di Kaherah sendiri, ramai yang tidak tahu isu ini. Timbalan Medic Mansurah dipukul kerana dikatakan menjadi “reporter” kepada hisbah. Kenapa kita masih lagi memekakkan telinga dan menunding jari kepada ustaz kerana dikatakan tak pandai berdakwah.

Siapa yang pergi membela medic di Mansurah disebabkan isu ini? PMRAM Cawangan Mansurah jugak. Siapa yang tahu isu ini? Hentikan pembinaan tembok pemisah di antara kita wahai USTAZ dan MEDIC. Kita ini mangsa. Jangan salahkan sesama kita.

Ayuh bersama-sama benteras maksiat! Bukan benteras orang yang cuba mencegah maksiat!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

2 comments:

..ummul syabinar.. on April 2, 2010 at 2:18 PM said...

"satu fikrah satu amal"

Anonymous said...

alhamdulillah..moga kesedaran ini berterusan dan akan menyatupadukan kita semua dalam menangani isu di mesir ini.

tapi, saya lebih suka jika tidak wujud pula gap (ustaz+medic) dgn (agen). jika pelajar medic buat salah, kita dekati dan selesaikan. bukankah lebih baik jika pendekatan yang sama kita ambil terhadap agen yang menyeleweng?

saya bencikan permusuhan dgn sesiapa sahaja melainkan syaitan kerana itulah musuh yang nyata. jika ada manusia yang bersifat syaitan, maka kita membenci sikapnya, bukan dirinya.

tahniah kepada ustaz mujahid, ustaz hairul, ustaz nazrul dan ustaz-ustaz lain yang sangat mengambil berat tentang pelajar medic. hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda.

moga kesedaran seperti ini akan timbul pada segelintir yang lain yang suka menimbulkan perpecahan sesama kita. moga tiada lagi kata-kata "pelajar perubatan sebagai ancaman". itu semua adalah peluang dan ujian.sama-sama kita hadapi, insyaAllah...


"MAJULAH HISBAH DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA"

^_^


.

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal