22 March 2010

Timb. Pengerusi Medic Mansurah Dipukul


dicopypaste dari :
http://sanggahzalim.blogspot.com

SUNDAY, MARCH 14, 2010
Di mana KEMANUSIAAN kamu?

Timbalan Pengerusi Di Ugut Pukul Oleh 10 Orang Pelajar Melayu

Rase sgt sdey,kesian,marah,benci,geram,nyampah n xtau nk wat pe....y am i feeling such thing??

act,ak baru mendengar luahan seorg kawan ku y skrang ni ngah rase down gle dan marah gle bila dapat tahu kisah sebenar hanif mahmud yg berlaku dalam minggu lepas,cerita ni dah tersebar,mula2 ingat khbar angin, tp bila bnyk sumber aku dapat,dari orng yg dipercayai, aku rasa bertanggujwab utk bongkar prkara ni, aku jadi panas bila si penjahat trus menipu kata takde apa2...

Before i start to tell wat actually make me feel this way, ak doa moga aku n sume y membaca ni dijauh kan ngn sikap xberperikemanusiaan n sume y buruk2.
ok...while listening to him juz now,air mate aku tbe2 jatuh..tanpe aku sedar..

Ya Allah..nape masih ade org y sgt kejam

Benda yg xmasuk akal berlaku di tempat kita, timbalan pengerusi di 'seksa' di acu penumbuk, di ugut dengan buaya hidup sebesar 1.5 meter selama 3 jam di tengah malam!.
Perkara yang zalim dilakukan oleh student2 malaysia sendiri terhadap sahabat mereka sendiri. Kisah ini sudah hangat tersebar di seluruh mansurah.

Dan si pesalah mula berlakon dan memesongkan fakta kepada mereka yang bertanya kepadanya, blog ini menyagah tindakan memesongkan kebenaran.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Dri sumber yang kuat,kejadian berlaku pada hari sabtu, minggu lalu, di sekitar 12 tengah malam, saudara hanif mahmud dihubungi oleh saudara Sito,yang juga PRESIDEN GMNSC, saudara sito mmpelawa hanif utk datang berbincang, KONONnya mesyuarat utk ANNUAL DINNER..

Tetapi setibanya disana, Lain yang berlaku.

Saudara hanif pada asalnya, tidak menyedari bahawa itulah adalah perangkap utk dia, sehingga saudara hanif mahmud membawa makanan2 ringan utk makan ketika 'mesyuarat'.

Tetapi setibanya disana. Iaitu bertempat di rumah berhadapan Restorant GMNSC.

Saudara Sito, mula menunjukkan wajah sebenar.

Sito berkata pada hanif mahmud. Bahawa, ada orang telah menulis surat kepada syarikat GMN melalui persatuan ibubapa yg mengatakan, annual dinner yg kan dianjurkan oleh mrka ada unsur2 maksiat, yg mana akan diadakan luck draw,dan pemenang akan memenangi sebuah bilik hotel utk pasangan kekasih bermadu kasih.

Dan saudara Sito telah menuduh Hanif Mahmud dalang kepada surat itu.

Saudara Hanif mahmud pada masa itu, telah menafikan bahawa dia yang terlibat, kerana dia sendiri tidak tahu menahu pasal aktiviti annual dinner tersebut. Tidak lama selepas itu, konco-konco sito yang kebanyakannya terdiri dari exco2 dan ajk2 gmnsc keluar dari bilik persembunyian mereka. Hampir belasan orang. Dan yg paling kejam, saudara Sito memaksa hanif mahmud mengaku dengan ugutan menumbuk dan pukul. Kuncu-kuncu sito yang lain juga turut menengkin mengugut utk memukul dan ugutan.

Mujurlah Saudara hanif mahmud seorang yang tenang dalam situasi tersebut, kemudian hanif mahmud meminta sito mengemukan bukti jika benar dia yang lakukan. How? si sito boleh mengugut dengan kekerasan sedangkan dia sendiri tiada bukti utk bertindak sedemikian?

Perangai binatang apa dia pakai ni? Bila orng tanya,cakap menipu!-aku panas!)

Hanif mempersoalkan, kenapa dia tuduh,dan rupa2nya, Macha (ibrahim) yang juga ada bersama disitu mengatakan bahawa dia pernah mendengar hanif mahmud menyebut tentang bilik. Dan dia juga menuduh Nasa, kerana sebab yang sama. Hanif mahmud menjelaskan bahawa, dia menyebut perkataan bilik ketika dikuliah itu kerana bertanya bilik tempat tinggal bukan 'bilik' hotel! (semoga Allah bagi pengajaran terbaik utk ko Macha!)

Setelah melihat hanif masih brtenang, Sito mnyuruh hanif mahmud bangun sbagai persediaan utk bertumbuk. Tetapi hanif menolak, akhirnya sito mengugut utk melepaskan buaya yang hampir 1.5 meter yang diletak di dalam sangkar sebagai ugutan.
Pada masa yang sama, anak2 buah sito dan exco2nya terus menerus mencaci dan menengking hanif mahmud, Akhirnya sito membuka penutup sangkar buaya setelah hanif mahmud masih lagi tidak menerima ajakan bertumbuk.

Hanif mahmud terkejut apabila sangkar buaya itu dibuka dan secara outomatik dia berdiri kerana takut dibaham buaya. Alhamdulilah, buaya tersebut tidak seperti manusia-manusia itu. Buaya itu tidak bergerak dari sangkarnya

Kemudian, sito menarik baju hanif dan mencabar hanif bertumbuk lagi. Hanif masih lagi meminta sito bertenang, dan mujurlah saudara Sod yang juga berada disitu cuba meleraikan asakan dari Sito. Kemudian adegan kekarasan ini bertukar kepada topik tuduhan kepada PCM, konco-konco sito terus menyerang hanif mahmud dengan mempersoalkan prinsip PCM yang tidak bertolak ansur dalam hal ikhtilat dan pergaulan bebas.

Dalam sesi debat itu, mereka yng dalam lingkungan belasan orang terus menerus menekan hanif mahmud dengan tekanan dan ugutan kekerasan.

Setelah 3 jam berlalu, hanif mahmud berjaya melepaskan diri dari rumah tersebut. Walaupun puak2 tersebut terus menyatakan ketidak puasan hatinya. Dan yang paling malang, perkara ini dbuat oleh sahabat2 yag saling kenal mengenal. Dan sanggup memperlakukan teman mereka sendiri begini atas sebab fitnah yang melulu. Dan tidakkan ini bukan sahaja bersifat fitnah bahkan ugutan yang boleh merangutnya nyawa saudara Hanif mahmud.

Saya menyeru, LAPORAN POLIS PERLU DI BUAT samada melalui JPMK ataupun sahabat2 hanif mahmud yang turut menjadi saksi kezaliman dan ancaman ugutan yang boleh meragut nyawa sahabat kita.

Dan kita sama2 mendoakan supaya saudara Hanif Mahmud diberi kekuatan dan perlindungan oleh Allah. Dan semoga kezaliman ini dibalas oleh Allah kepada semua yng terlibat. Terpulang pada Allah utk membalas kezaliman ini dengan balasan yang setimpal.

Paling sikit pun, biar semua yang zolim itu repeat year setiap tahun dan akan hidup dalam ancaman ketakutan sebagaimana mereka lakukan kepada saudara Hanif Mahmud.

Kita sekarang dapat menilai siapa benar dan siapa salah?

Jika benar, datangkan bukti, kenapa ada kekerasan dan ugutan?

Kenapa wujud pemimpin Samseng seperti ini?

Dan yang paling malang, Kawan Makan Kawan dengan fitnah tak berasas!
Dan yang paling Best
Exco Kerohanian GMN merangkap ulama pun ada sekali pada malam tu! (dunia akhir zaman)
Kalau begini akhlak pimpinan mereka, anak buah takyah cerita

INIKAH SATU FAMILY SATU MANSURAH!

BAYANGKAN JIKA HANIF MAHMUD MATI DI PUKUL PADA MALAM ITU DISEBAB SATU FITNAH YANG SEGAJA DI BUAT-BUAT!

3 comments:

Anonymous said...

salam..saya sito..harap saudara boleh berjumpa dgn sy dulu sebelum post isu ni..kerana semua yang diceritakan dalam blog sanggahzalim ini ada lah fitnah..diharapkan kite dapat bertindak dengan lebih matang untuk mengurangkan permusuhan sesama Islam..salam

Ibnu Ir Fadzil on April 3, 2010 at 12:59 AM said...

Salam.

Terima kasih kepada Sito. Ana akan cuba selesaikan perkara ini, insya Allah dan cuba perjelaskan keadaan sebenar kepada semua setelah pertemuan kita nanti, insya Allah.

Ibnu Ir Fadzil on April 3, 2010 at 1:25 AM said...

Kenyataan Rasmi Perubatan Mansurah Berhubung Isu Pukul

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

{ Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan}{Al-Hujurat 6}

Merujuk kepada kejadian yang baru berlaku, antara saudara Muhammad Hanif b Mahamud dengan saudara Ahmad Syamir b Abdullah (Sito) dan rakan-rakannya, saya mewakili pihak PERUBATAN Cawangan Mansurah akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk panduan umum dan untuk kepentingan perpaduan ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah.

Saya telah mendengar kenyataan daripada kedua-dua pihak hasil daripada kejadian yang berlaku. Pihak Sito mengaku telah mengugut untuk melakukan kekerasan kepada saudara Hanif Mahamud pada 6/3/2010 hari Jumaat malam Sabtu antara pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi.

Pada kejadian itu, saudara Hanif Mahamud telah berjanji untuk tidak menyebarkan perkara tersebut kerana perkara itu telah dianggap selesai, dan mereka juga telah bermaaf-maafan. Tetapi saudara Hanif Mahamud telah mengadukan kejadian itu kepada beberapa kawannya, yang menyebabkan isu ini kembali timbul.

Disebabkan kejadian itu, pelbagai salah faham dan fitnah-menfitnah timbul. Jadi saya menyeru kepada seluruh ahli PCM untuk merujuk hanya kepada kenyataan rasmi dari PCM sahaja bagi memastikan tidak timbul salah faham terhadap kejadian ini.

Saya juga menyeru kepada ahli-ahli PCM supaya tidak mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan berhubung dengan kejadian ini kerana ditakuti ianya mengandungi fitnah kepada mana-mana pihak yang akan menjejaskan perpaduan antara kita semua.

Sehubungan ini, saya memberi amaran kepada pembuat blog yang terlibat supaya menutup blog dengan segera. Ingatlah bahawa kita adalah hamba ALLAH dan ALLAH Maha Melihat segala perbuatan kita.

Akhir kata, marilah sama-sama kita jauhkan unsur-unsur perpecahan dan fitnah. Jauhkan dari berburuk sangka antara satu sama lain dan hindarilah dari menjadi agen-agen membawa fitnah dalam masyarakat. Sempena peperiksaan yang semakin hampir, marilah semua berusaha menuju kejayaan dan kecemerlangan bersama.

“ ILMUAN BERBAKTI TEGUH SEHATI “

“ Cintakan Rasulullah Pemangkin Biah Solehah “

Yang menjalankan amanah :
Muhammad Ikram bin Ishak,
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2009/2010

link : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/03/kenyataan-rasmi-presiden-perubatan_25.html

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal