22 March 2010

Tramco Jatuh Dari Kubri


Ini adalah bahasa-bahasa masyarakat Mesir… “tramco” adalah sebuah van yang membawa penumpang. Orang mesir menggelarnya sebagai micro buz (orang Mesir sukar menyebut huruf “s”). Manakala “kubri” pula bermaksud jambatan, atau jalan raya bertingkat.

Cerita ini dinukilkan daripada Us Yo (ganu) mantan Badan Pengurus PMRAM. Satu ketika, ketika beliau sedang menaiki tramco, beliau kehairanan. Kenapa driver tidak melalui jalan kubri dari Ramses ke Madinah Nasr?

Lalu soalan tersebut diajukan kepada salah seorang penumpang Arab. Arab tersebut memberitahu bahawa sebelum ini memanglah dibenarkan. Tetapi sekarang ini sudah tidak dibenarkan lagi. Kenapa ya?

Mamat Arab tersebut pun memberitahu bahawa baru-baru ini pernah terjadi kes sebuah “tramco jatuh dari kubri” dan kawasan kejadian di sekitar “sikkah”, berhampiran al Azhar Hayyu Sadis..

Apabila diukur, kubri tersebut agak tinggi.. Bayangkanlah kalau sebuah van terjatuh dari situ?! Mesti remuk teruk. Memang benar, Us Yo menceritakan bahawa di kawasan “sikkah” terdapat sebuah tramco yang remuk teruk, tersadai di tepi jalan.

Apa pandangan korang? Selama ini kita menaiki tramco, si driver begitu lincah menyelit di tengah-tengah kesibukan. Rupa-rupanya, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah”.. Tramco yang hebat menyelit, akhirnya jatuh terjunam dari kubri!

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal