31 March 2010

Adobe Tak Mampu Telanjangkan Akhawat Kita




Sejak kebelakangan ini, banyak kes penelanjangan berlaku, yang membabitkan artis-artis kita. Elok-elok pakai baju (tapi tak tutup aurat), diadobekan bagi telanjang, kemudian disebarkan di dalam internet-internet. Tak perlulah untuk saya nyatakan mangsa-mangsa ini, yang foto-foto bogel mereka tersebar dengan mudah.

Cuma, satu penelitian bijak terhadap cara Islam dalam menyuruh umatnya menutup aurat. Cuba fikir balik. Orang perempuan diwajibkan memakai tudung, dan menutup aurat mereka, pakaian tidak ketat dan sebagainya. Apa yang boleh didedahkan hanyalah muka dan tapak tangan.

Ukuran aurat pada muka pun diteliti jugak. Ada ulama mengatakan bawah dagu perempuan itu aurat, dan ada yang mengatakan tidak. Tetapi kesimpulannya, hanya ruang muka sahaja yang dibenarkan untuk didedahkan, sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Sekiranya menimbulkan fitnah, perlu pakai niqob sekali.

Cuba fikir balik. Bolehkah Super Impose mengedit muka akhawat kita, dan dipasangkan dengan si perempuan telanjang yang lain? Sudah pasti tidak. Ini kerana warna rambut muslimat kita tidak diketahui. Bentuk lehernya juga tidak sama. Kerinting, atau lurus rambutnya juga berbeza.

Sekiranya terdapat sebuah gambar yang mendedahkan muslimat kita bertelanjang, ia boleh dibuktikan salah, kerana jenis rambut mereka tidak diketahui, dan saiz telinga mereka ditutup oleh tudung.

Nak edit bentuk badan pun susah. Itu sebab perempuan diharamkan memakai pakaian ketat untuk didedahkan. Maka, apabila wajah mereka diedit dengan perempuan bogel, ia boleh dinafikan dengan bentuk badan asal yang "tidak diketahui" oleh orang lain, kerana ia ditutup selama ini.

Nampak? Bagaimana Islam menggariskan aurat wanita supaya mereka terjaga dan terpelihara daripada teknologi-teknologi kotor hari ini. Artis-artis yang asyik kena edit wajah mereka, asyik ditelanjangkan tubuh mereka dan sebagainya, adalah artis yang tidak tutup aurat.

Apabila foto bogel mereka tersebar di internet, mulalah nak bising. Cuba tutup aurat tu. Alhamdulillah, Islam memang menggariskan ciri-ciri pemakaian yang selaras dengan zaman, dan berjaya menutup segala penipuan sepanjang zaman!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal