21 March 2010

Kami Buat Program Baik-baik Sahaja - Alasan Ta'addud Jemaah


Inilah alasan yang dicipta bagi membolehkan gerakan sebuah kumpulan “pelik” di Mesir. Ia adalah sebuah kumpulan yang tidak bernaung di bawah PMRAM, bahkan sering berusaha untuk “mencuri” ahli PMRAM.

Apa yang menimbulkan kekeliruan, jemaah ini mendakwa bahawa mereka mempunyai manhaj tarbiah yang paling hebat. Wah.. Sejauh manakah kehebatan itu? Mereka juga mendakwa bahawa “apa salahnya kami buat jemaa baru? Kami buat program baik-baik sahaja..”

Maka, jawapan yang sesuai untuk persoalan ini ialah, “memanglah program baik, tetapi keinginan daripada program itu adalah jahat”, iaitu memecah belahkan ahli PMRAM yang telah bersatu semenjak 1930 lagi.

Bilakah ISMA-Mesir ditubuhkan? – 2008… Apakah objektif penubuhan? Nampak macam baik-baik sahaja.. Tetapi hakikatnya apa yang mereka ingini daripada “baik-baik” itu, adalah memecahbelahkan kesatuan ahli PMRAM.

Kenapa ya.. keahlian ISMA-Mesir tidak dibuka? Kenapa ya..? Program-program mereka tidak dibuka kepada orang lain?

Baru-baru ini, mereka mengadakan OYE, atau Open Your Eyes.. yang dianjurkan oleh mereka. Entah, samada ISMA atau Konsis. Walhal penubuhan Konsis disebabkan ketidakpuasan hati terhadap ISMA.. Sama sahaja..

Program ini hanya dipelawa kepada “adik-adik baru” sahaja. Apabila kakak-kakak PMRAM datang, mereka tidak benarkan masuk atau berdaftar sebagai peserta. Nak masuk usrah mereka pun tidak dibenarkan.. Entah kenapa. Nak berusrah pun perlu dipilih ahli-ahli tertentu sahaja..

Ini adalah beberapa kekeliruan yang sering timbul di benak fikiran saya selama ini. Alangkah bagusnya sekiranya ada seorang ahli ISMA yang boleh menjelaskan kepada saya tentang beberapa kekeliruan ini. Mungkin saya yang tersilap faham. Maka, berilah kefahaman kepada saya. Sekiranya anda yang silap, maka perbetulkanlah kesilapan itu.

Sama-sama bermuhasabah.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

4 comments:

Anonymous said...

salam ust. jangan suka berkata apa yg ust x tau @ tidak pasti. alangkah bagusnya klu ust sendiri yg pergi jumpe dgn wakil mereka dan bertanya sendiri secara berdepan. syabas sekiranya ust telah melakukan perkara tersebut.

Colgate on June 14, 2010 at 2:54 PM said...

terdapat byk salah faham dlm entri ni.. mungkin sy blh bg sedikit pencerahan..

1. mungkin ISMA pelik lagi Gharib... semoga mereka bersama dgn ghuraba'

2. fikrah 'pemecah belah' lahir dari persepsi yg negetif dan sikap yg tidak berlapang dada lagi taksub. harus difahami dgn baik perbezaan antara pecahan/bahagi dgn tambah.

3. mengenai persoalan "kenapa keahlian ISMA tidak dibuka"..(sy pun x pasti apa yg ust maksudkan)..seharusnya dakwah ini terbuka kpd semua manusia. namun harus diingati, dlm dakwah ada peringkat dan marhalah yg harus dituruti. peringkat2 yg Al-Banna gariskan adalah tarif, takwin dan tanfiz.

4. mengenai prog OYE. ana pun x tahu psl prog ni dan siapa yg anjurkan. namun, setiap prog mesti ada target peserta mengikut level ahli dlm peringkat dakwah. ada prog yg umum dan terbuka kpd semua peserta. ada pula yg khusus utk level2 tertentu sahaja. perkara ini sepatutnya jelas difahami oleh mereka yg berada dlm manhaj dakwah dan tarbiah. (ana pun slalu ikut prog umum anjuran ISMA walaupun ana bukan ahli ISMA. tiada halangan)

5. mengenai ISMA-KONSIS, KONSIS bukan tertubuh disebabkan ketidakpuasan hati terhadap ISMA. ini satu tuduhan yg tidak berasas lagi berbentuk fitnah oleh mereka yg tidak memahami latar belakang sesuatu penubuhan. tidak perlu utk sy mewara-warakan mengenai ISMA-KONSIS didalam post ini. langkah yg baik adalah sepertimana yg ditulis oleh anonymous sebelum ini.
(sebenarnya, tiada penubuhan konsis di mesir. 'konsis' di mesir adalah gelaran terhadap kumpulan tertentu semata2)

6. dakwah ini bukan terus mengajak org masuk usrah. sekali lg diulangi, dakwah perlu mengikut peringkat2 dan marhalahnya.

"Nak masuk usrah mereka pun tidak dibenarkan.."
apa yg ust maksudkan? klo org tu dah ahli PMRAM ikut je la usrah PMRAM. klo ikut usrah ISMA, sat gi ada yg kata ISMA 'culik', buat pengaruh, pecah belah kesatuan ahli, taadud taah la dan mcm2 lg.

P.s. jika ust tersilap faham adakah ust akan perbetulkan kesilapan itu..? atau mencari hujah utk menyokong pendapat sendiri? atau berdiam diri tanpa menarik balik kesilapan yg boleh menimbulkan masalah su'u zhan kpd mereka yg membacanya...? ana menantikan respon dari ust..

Unknown on June 15, 2010 at 2:42 AM said...

alahh.. tak payah susah2 nak tunggu.. mesti dia berdiam diri punya.. byk dah kan contoh2 yg lepas?.. huhu~

dr.muslimah on June 15, 2010 at 9:22 AM said...

kalaupun ust mujahid diam, bukan bermakna dia xngaku salah..ana bukanlah wakilnya tapi ana pun buat banyak research sal apa yang dibincangkan..

3. mengenai persoalan "kenapa keahlian ISMA tidak dibuka"

pemahaman ana: means kenapa tidak di buka keahlian secara terbuka..cara nak mendaftar ke (kalau keahliannya terbuka) atau boleh terangkan macamana nak jadi ahli..syarat2nya..
ana ni bukanlah anti ISMA juga..daripada pemerhatian ana, ISMA cenderung menarik adik2 baru terutama budak medik untuk menyrtainya..ini dibuktikan dari dalam kuliah ana seramai 81 orang, lebih separuh dari mereka adalah ISMA..dan dari tarbiyah mereka (istilah ni xtau betul @ salah) jugalah, kadang2 banyak benda yang diabaikan..cth: keselamatan..sebab apa ana xnak jelaskan dan mungkin beberapa orang faham hal ini...
ana pun bukan ahli ISMA..ana pun join program ISMA..ana sendiri tak jelas cemana nak jadi ahli ISMA..kalau dah diiktiraf oleh JPMK. ana dak baru, leh ana tahu mana pejabatnya?

4. mengenai prog OYE. ana pun x tahu psl prog ni dan siapa yg anjurkan. namun, setiap prog mesti ada target peserta mengikut level ahli dlm peringkat dakwah. ada prog yg umum dan terbuka kpd semua peserta. ada pula yg khusus utk level2 tertentu sahaja. perkara ini sepatutnya jelas difahami oleh mereka yg berada dlm manhaj dakwah dan tarbiah. (ana pun slalu ikut prog umum anjuran ISMA walaupun ana bukan ahli ISMA. tiada halangan)

yang program OYE ni ana tahu sebab diiklankan di dalam kelas tibb asnan Azhar..dan sesiapa yang nak pergi, boleh je tapi kena bagi nama la..dibuat di ARMA..kalau selalu ikut, xkan xtau program..mesti akan ada orng inform..

5. mengenai ISMA-KONSIS, KONSIS bukan tertubuh disebabkan ketidakpuasan hati terhadap ISMA. ini satu tuduhan yg tidak berasas lagi berbentuk fitnah oleh mereka yg tidak memahami latar belakang sesuatu penubuhan. tidak perlu utk sy mewara-warakan mengenai ISMA-KONSIS didalam post ini. langkah yg baik adalah sepertimana yg ditulis oleh anonymous sebelum ini.
(sebenarnya, tiada penubuhan konsis di mesir. 'konsis' di mesir adalah gelaran terhadap kumpulan tertentu semata2)

yang ni ana tak faham..mula2 macam explain sal ISMA-KONSIS, patu takde penubuhan lak..leh jelaskan lagi x?

"Nak masuk usrah mereka pun tidak dibenarkan.."
apa yg ust maksudkan? klo org tu dah ahli PMRAM ikut je la usrah PMRAM. klo ikut usrah ISMA, sat gi ada yg kata ISMA 'culik', buat pengaruh, pecah belah kesatuan ahli, taadud taah la dan mcm2 lg.

dah tadi kata nak dakwah, jadi kami yang teringin merasa dakwah ISMA ni nak la join usrah sekali..mungkin ada kelainan dalam usrah ISMA yang membuatkan adik2 baru ghairah dengan ISMA..PMRAM dengan usrahnya, tak salah cari ilmu yang banyak kan?? wink (^_*)v

enta mengatakan us mujahid as PMRAM nisuuzhon, tapi adakah ISMA husnuszhon dengan PMRAM ye? ana tanya sebab ana tak tahu dan teringin nak tahu hal ni..maaf terlanjur kata...hanya nak kepastian..sesuatu persoalan inginkan kepastian, bukan cacian..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal