31 March 2010

Adik Presiden UAE Maut Dalam Kemalangan Peluncur


sumber : gigitankerengga

DUBAI, 30 Mac: Sheikh Ahmad bin Zayed Al Nahyan, adik kepada presiden Abu Dhabi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan, disahkan terbunuh dalam kemalangan peluncur di Maghribi Jumaat lepas.

Media negara WAM melaporkan Kementerian Hal Ehwal Kepresidenan mengumumkan acara berkabung tiga hari mulai Rabu dan pada tempoh itu bendera akan dikibarkan separuh tiang.

Saluran TV tempatan menyiarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada Selasa setelah berita kematian Sheikh Ahmad disiarkan.

Dilahirkan pada 1971, Sheikh Ahmad merupakan pengarah urusan Lembaga Pelaburan Abu Dhabi (Adia) dan pengerusi lembaga amanah Yayasan Zayed bagi Kerja-kerja Amal dan Kemanusiaan.

WAM melaporkan peluncur berkenaan terhempas ke dalam sebuah tasik dekat Empangan Sidi Mohammad Bin Abdullah berhampiran ibu negara Maghribi, Rabat.

Laporan media menyatakan juru pandu peluncur itu dapat diselamatkan sementara pasukan pencari melancarkan operasi mengesan Sheikh Ahmad yang hilang dalam kemalangan itu.

Beliau berada pada ranking ke-27 orang paling berkuasa di dunia dalam senarai Forbes tahun lepas. Adia dikatakan memiliki aset bernilai lebih AS$400 bilion. -Bernama-

link : http://gigitankerengga.blogspot.com/2010/03/adik-presiden-uae-maut-dalam-kemalangan.html

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal