Di dalam blog ISMA-Mesir telah memberitakan tentang penubuhan Majlis Ulama' ISMA yang dilancarkan di Putrajaya pada 6 Mac lalu.
Sempat saya menemubual 2 orang ahli ISMA-Mesir yang sudah keluar daripada gerakan ini. Kekasaran ayat ini hanyalah nukilan daripada temubual ini. Lihatlah dengan kacamata pertimbangan dan kefahaman. WaLlahualam
Antara yang ditimbulkan ialah berkenaan, sedikit kekeliruan yang timbul apabila melihat ISMA-Mesir itu sendiri. Siapakah barisan ulama mereka? Siapakah "murabbi" mereka? Murabbi-murabbi mereka adalah dari kalangan yang tidak dikenali.
Bagaimanakah mereka ingin memperjuangkan sesuatu yang tidak jelas? Apakah motif penubuhan mereka di bumi Mesir? Juga masih belum jelas sehingga hari ini, walaupun mereka telah menyenaraikan objektif penubuhan mereka.
Namun, apa yang disenaraikan tersebut, semuanya sudah terdapat dalam PMRAM sendiri. Maka apa perlunya ditubuhkan jemaah yang kedua?
Gerakan secara rahsia juga di antara manhaj yang mereka lakukan. Antara pelaksanaannya ialah ahli-ahli ISMA yang baru tiba di bumi Mesir, akan disorokkan dalam tempoh setahun, kemudian mereka dibenarkan bebas bergaul dengan ahli-ahli di BKAN selepas tempoh itu. Pelik juga.
Selain itu, mereka juga hanya menyebarkan dakwah kepada mereka yang "bagus-bagus" sahaja. Apabila melihat seseorang itu pandai bercakap, hebat dalam pelbagai bidang, rajin bekerja, itulah yang dipilih sebagai mad'u. Siapakah pula yang akan menyebarkan dakwah kepada orang-orang yang tak bagus?
Di ISMA tiada sebarang unsur Hisbah yang dilihat. Atau mungkin saya yang tidak tahu. Tidak kelihatan usaha mereka untuk membenteras gejala sosial.. Alangkah ruginya.
Mereka mendakwa bahawa tarbiah mereka lebih hebat daripada PMRAM. Dengan angkuhnya jemaah ini mendabik dada bahawa tarbiah mereka lebih hebat. Pernahkah mereka bersama PMRAM? Pernahkah mereka mengkaji pembawaan usrah PMRAM? Apakah yang diukurkan sebagai hebat itu? Entah...
Ulasan
Sepertimana yang telah disebutkan, ia hanya temubual bersama 2 orang ahli ISMA-Mesir. Pada pandangan peribadi saya, ISMA-Mesir sepatutnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PMRAM, dan libatkan diri dengan Badan Kebajikan Anak Negeri, dan Dewan Perwakilan Mahasiswa.
Dengan penubuhan jemaah baru ini akan menyebabkan perpecahan. Ini kerana mereka enggan memberikan kerjasama kepada PMRAM. Selain itu, saya pernah menemui beberapa lagi orang ahli ISMA-Mesir yang "dikeluarkan" (dihalau) dari rumah tempat tinggal mereka yang dirahsiakan.
Sedih apabila mendengar aduannya. Beliau berkata bahawa dia antara yang enggan mengikut program-program ISMA-Mesir kerana hendak menumpukan pengajian talaqqi. Maka, dengan spontannya dia disuruh keluar dari rumah tersebut... Orang yang menghalaunya itu, A daripada Terengganu... Saya kenal orang itu.
Ingatkah anda tentang Masjid Dhirar yang dibina oleh Musailamah al Kazzab untuk memecah belahkan umat Islam. Pembinaan masjid adalah sebuah amalan yang baik, tetapi ia merupakan cara untuk memecahbelahkan umat Islam yang selama ini mengerjakan solat berjemaah di Masjid Nabi.
Maka, masjid tersebut diperintahkan oleh Baginda SAW untuk meruntuhkannya... Wahai saudaraku dalam ISMA-Mesir, semoga anda menjadi "orang haraki" yang berfikrah..
0 comments:
Post a Comment