30 March 2010

3 MAC : Tarikh Kejatuhan Turki Uthmaniah



Khilafah Turki Uthmaniah jatuh pada tanggal 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rejab 1342 Hijrah. Sejarah yang cukup perit untuk dinukilkan di sini. Bermula tarikh inilah, hilangnya kekuasaan yang mutlak pada Islam. Ia telah dirampas oleh musuh-musuh Islam yang sudah berusaha sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi untuk menjatuhkan Islam.

Segala perancangan yang diatur berkurun-kurun lamanya, akhirnya membuahkan hasil. Teringat memori pada 3 Mac lalu, saya mula bertolak dari Mesir ke Syria, bumi yang bakal menjadi pusat pemerintahan akhir zaman, walaupun ada yang mengatakan bumi Palestin.

Ya, kita perlu sedar, Islam jatuh di bumi Turki, dan akan naik kembali di Syria atau Palestin, mengikut perbezaan pandangan ulama. Anda juga jangan lupa, Islam mula berkembang dari Mekah, bumi kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan beberapa orang sahaja pejuang Islam ketika itu.

Kemudian ia beralih ke Madinah dan membentuk lebih banyak pejuang-pejuang Islam. Segalanya bermula dengan “usrah”. Seterusnya berkembang lagi ke negara-negara berhampiran dan negara-negara besar ketika zaman Khulafa ar Rasyidin.

Ia terus berkembang dengan beberapa perjuangan-perjuangan umat terdahulu, sehinggalah mencapai kemuncak pada zaman kegemilangan Baghdad sekitar 700 Hijrah yang banyak melahir para ulama Islam. Perjuangan bertukar bentuk kepada perjuangan memartabatkan ilmu Islam, sehinggakan orang kafir berlumba-lumba mengkaji Islam.

Sedikit demi sedikit kegemilangan Islam mula terhakis disebabkan dengki, sombong, gila kuasa, isu khilafiah, perpecahan, dan sebagainya, sehingga menyebabkan kejatuhan khilafah pada tanggal 3 Mac 1924 di Turki.

Zaman ini menyaksikan perpecahan masih berlaku di beberapa buah tempat, dan di beberapa buah tempat yang lain dalam proses kebangkitan Islam. Dunia yang selama ini diselaputi dengan kejahilan, hari ini semakin menyerlah kebangkitan Islam yang menembusi selaput kejahilan tersebut.

Selepas beberapa kurun dinafikan, akhirnya Islam itu bangkit semula dengan perjuangan yang tidak berhenti. Tarikh 3 Mac 2010, selepas 86 tahun kejatuhan Khilafah Uthmaniah. Dan hari ini (30 Mac) sudah 86 tahun 27 hari berlalu daripada tarikh tersebut.

Kisah kejatuhan Turki Uthmaniah ini telah dinukilkan di bawah :

sumber : wikipedia
Kronologi Empayar Uthmaniyyah

1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Krimea.
1856M- Berakhirnya Perang Krimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

adnin on September 20, 2019 at 8:50 PM said...

x dpt nak. buka sbb kena invite.. boleh invite ana skali??

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal