25 March 2010

Cerita Atas Katil Pun Nak Masuk Akhbar?


Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi

KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60.

Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks.

"Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Katanya, dia terpaksa akur memuaskan nafsu suami meskipun ketika mereka 'perang besar' antara 30 Disember 2007 dan 4 April 2008.

Guru dari Kedah itu mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab soalan peguam syarie, Shazril Khairy Mustafa yang mewakilinya.

"Dia (Abdul Rashid) tergamak mengheret saya dari ruang tamu untuk mendapatkan nafkah batin sedangkan ketika itu kami tidak bertegur sapa.

"Ketika bisul ada di punggung, saya terpaksa tidur meniarap kerana teramat sakit namun dia tetap mahukannya. Dengan nada marah dia mengatakan bahawa sakit itu sekejap sahaja. Ketika dia melakukannya, saya bukan sahaja sakit bisul malahan hati juga cukup sakit," tegasnya.

Selesai sahaja bersetubuh, dakwa Siti Rosmala, suami mengarahkannya keluar dari bilik dan pergi tidur bersama anak-anak.

Siti Rosmala juga mendakwa, keinginan seks Abdul Rashid cukup tinggi sejak mereka mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu.

Dia mendakwa, defendan sering bertindak kejam termasuk memukulnya di kepala dengan rotan dan kitab ekoran kesalahan kecil.

Pasangan itu dikurniakan tiga anak, Abdul Qayyum, 10, Hannan, 5, dan Bazlina, 3 tahun.

Sambil menangis, Siti Rosmala mendakwa, disebabkan mahu menjadi isteri yang solehah maka dia terpaksa mengikut sahaja kemahuan suaminya itu.

Abdul Rashid diwakili peguam syarie, Zulmi Sabri.

Perbicaraan bersambung 27 Mei ini.


Ulasan Ringkas :

1. Tindakan salah, mendedahkan cerita seperti ini di dalam akhbar. Siapa yang bertanggungjawab? Satu dunia akan menyaksikan "aksi" di atas katil.

2. Aduan hanya hanya patut dibuat kepada Kadi, atau pakar dalam bidang ini. Mereka wajib menjaga rahsia ini daripada terbocor. Sidang mahkamah juga perlu diadakan secara tertutup, dan tidak boleh dibocor hal-hal yang berbentuk keaiban.

3. Sekiranya semua saluran telah dirahsiakan, menjadi kesalahan kepada pemberita untuk menyiarkan cerita seperti ini di dalam akbar. Ia bercanggah dengan maqasid Islam yang menjaga maruah seseorang.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

e1xtrim said...

Ni mesti ada unsur politik ni....

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal