25 March 2010

Kenyataan Rasmi Presiden Perubatan Mansurah Tentang Kes Pukul


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

{ Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan}{Al-Hujurat 6}

Merujuk kepada kejadian yang baru berlaku, antara saudara Muhammad Hanif b Mahamud dengan saudara Ahmad Syamir b Abdullah (Sito) dan rakan-rakannya, saya mewakili pihak PERUBATAN Cawangan Mansurah akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk panduan umum dan untuk kepentingan perpaduan ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah.

Saya telah mendengar kenyataan daripada kedua-dua pihak hasil daripada kejadian yang berlaku. Pihak Sito mengaku telah mengugut untuk melakukan kekerasan kepada saudara Hanif Mahamud pada 6/3/2010 hari Jumaat malam Sabtu antara pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi.

Pada kejadian itu, saudara Hanif Mahamud telah berjanji untuk tidak menyebarkan perkara tersebut kerana perkara itu telah dianggap selesai, dan mereka juga telah bermaaf-maafan. Tetapi saudara Hanif Mahamud telah mengadukan kejadian itu kepada beberapa kawannya, yang menyebabkan isu ini kembali timbul.

Disebabkan kejadian itu, pelbagai salah faham dan fitnah-menfitnah timbul. Jadi saya menyeru kepada seluruh ahli PCM untuk merujuk hanya kepada kenyataan rasmi dari PCM sahaja bagi memastikan tidak timbul salah faham terhadap kejadian ini.

Saya juga menyeru kepada ahli-ahli PCM supaya tidak mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan berhubung dengan kejadian ini kerana ditakuti ianya mengandungi fitnah kepada mana-mana pihak yang akan menjejaskan perpaduan antara kita semua.

Sehubungan ini, saya memberi amaran kepada pembuat blog yang terlibat supaya menutup blog dengan segera. Ingatlah bahawa kita adalah hamba ALLAH dan ALLAH Maha Melihat segala perbuatan kita.

Akhir kata, marilah sama-sama kita jauhkan unsur-unsur perpecahan dan fitnah. Jauhkan dari berburuk sangka antara satu sama lain dan hindarilah dari menjadi agen-agen membawa fitnah dalam masyarakat. Sempena peperiksaan yang semakin hampir, marilah semua berusaha menuju kejayaan dan kecemerlangan bersama.

“ ILMUAN BERBAKTI TEGUH SEHATI “

“ Cintakan Rasulullah Pemangkin Biah Solehah “

Yang menjalankan amanah :
Muhammad Ikram bin Ishak,
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2009/2010

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal