25 Oktober, Kaherah – Satu perjumpaan rasmi telah diatur antara wakil KPIPM bersama pegawai HEP Perak, En. Abdul Muhaimin bin Abdul Majid. Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan mengenai beberapa masalah yang berlaku khususnya kepada anak-anak perak di bumi Mesir ini.
Perbincangan yang bertempat di pejabat pegawai HEP Perak,Wisma Darul Ridzuan B itu,antaranya membincangkan mengenai permasalahan pendidikan anak-anak Perak. Khususnya mengenai keputusan peserta USMB ’10 di dalam imtihan qabul yang baru-baru ini. Dan juga beberapa permasalahan yang lain semasa perjalanan Program USMB ’10 ini.
Topik yang juga menjadi perbincangan ialah mengenai kebajikan anak-anak Perak. Topik zakat juga dibincangkan dalam memastikan segala proses berjalan dengan baik. Dan pihak pegawai bersetuju untuk memusatkan segala urusan zakat adalah di bawah Setiausaha Agung KPIPM,saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin.
Juga beberapa perbincangan dan makluman dapat dikongsi bersama di antara pihak pegawai dan KPIPM. Semoga hubungan yang baik ini dapat diteruskan bagi memastikan kebajikan ahli terjaga dan sentiasa berada di tahap yang memuaskan. Semoga segala amalan yang dilakukan bersama mendapat bimbingan Allah S.W.T dalam menuju redha Ilahi.
0 comments:
Post a Comment