14 October 2010

Berita Web PMRAM Tentang Insiden Kemalangan


ISMAILIYAH 12 Oktober - Satu kejadian kemalangan motosikal telah berlaku di lebuhraya daripada Kaherah ke Ismailiyah. Kejadian yang berlaku pada jam 10.30 malam tersebut menyebabkan seorang mahasiswa Malaysia tercedera di lutut kanannya.

Mangsa yang bernama Saudara Jamal Najmuddin bin Sulaiman dikejarkan ke hospital berdekatan di daerah Ismailiyah ini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Turut hadir membawa mangsa ke hospital ialah Presiden PMRAM Saudara Shahrizan Mohd Hazime, Timbalan Presiden Saudara Mohd Zuhaili bin Saiman serta kawan karib beliau Saudara Fakhrurrazi.

"PMRAM ada program untuk mahasiswa-mahasiswi di Ismailiyah. Jadi Ust Jamal (mangsa) menaiki motosikal berkuasa tinggi untuk mengiringi peserta yang hadir daripada Kaherah. Tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada seorang Badan Pengurus memberitahu bahawa Ust. Jamal jatuh motor". Ujar beliau ketika ditemui di Hospital Ismailiyah.

Beliau yang sedang menaiki motosikal dirempuh oleh sebuah kereka yang datang dari arah belakang menyebabkan beliau hilang kawalan akhirnya jatuh di tengah jalan. Kejadian tersebut menyebabkan beliau mengalami luka di tangan dan kaki.

Kini beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih berada di tempat program demi menjayakan program PMRAM.

Kata Presiden PMRAM "Inilah sebenarnya jiwa aktivis PMRAM yang perlu dicontohi. Walaupun dalam keadaan sakit, tetap sanggup untuk membantu PMRAM menjayakan program bagi membentuk fikrah Islam di kalangan mahasiswa-mahasiswi di Mesir ini".

PMRAM mendoakan semoga Saudara Jamal Najmuddin Sulaiman cepat sembuh serta diganjarkan pahala oleh Allah SWT setimpal dengan kebajikan untuk membantu PMRAM.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal