Memang biasa, musim “imtihan” bukan hanya ujian dan peperiksaan daripada al Azhar, bahkan ujian dan imtihan daripada Allah SWT sendiri. Memang kesal apabila terbaca artikel yang telah dihantar oleh Perak Negeriku di dalam Tranungkite tempoh hari. Ayat yang tidak tersusun dan berterabur.
Antara komen yang dihantar oleh pembaca :
1. mana isinya?kalau setakat kata tuduh melulu tetapi tidak ada isi penafian baik tak yah tulis atau lemparkan rasa kecewa.Ceritalah keadaan sebenar jangan main pakai hentam saja akhirnya tak dak apa apa isipun......itu stail siapa?2. Ini apa cerita sebenarnya... tolong bagi pencerahan sikit.... buka-buka sudah hentam.... kalau tak pandai menulis jangan tulis..... banyak kali baca tapi tak faham-faham..3. xfaham..pulangkn 2 minit dari hidup saya yg rugi krn baca artikel xtau hjung pangkal ni4. baik aku baca cerita parameswara buka melaka.....
Di dalam artikel kali ini, saya tidak berniat untuk memberi penerangan tentang isu ini. Mungkin bila ada masa kosong nanti, saya akan tulis sedikit. Memandangkan peperiksaan sudah semakin hampir, kita biarkan dulu Perak Negeriku ini menghabiskan “karan”nya.
Cuma, sedikit perkara yang ingin saya peringatkan, KPIPM bukanlah persatuan kangkung... Kalau tiada sebarang hitam putih yang rasmi dan mengikut prosedur, bagaimanakah KPIPM boleh memberikan kerjasama secara rasmi?
Kalau gitu.. saya pun nak ngaku jadi pegawai.. Kemudian saya akan minta supaya semua akaun dan kewangan diserahkan kepada saya. Saya pun boleh je buat surat sendiri.. Amacam? Inilah pentingnya prosedur, dan peraturan dalam mengesahkan status pegawai tersebut.
Sudahlah.. malas nak layan isu ini. Ketika dialog 13 Mei, YDP sendiri dah beritahu, KPIPM “sedang” menunggu surat rasmi dan hitam putih. Selagi takda hitam putih secara rasmi, bagaimana KPIPM boleh bekerjasama secara rasmi? Nak akaun ke apa ke.. sabar sat.. tunggu ada surat rasmi dulu..
Isu pukul memang berlaku sebelum ketibaan pegawai. Tapi perbuatan pukul itu tetap bersalah, walaupun ia sudah berlaku sebulan. Juga dikatakan perbuatan samseng walaupun sudah berlalu setahun. Eh.. takkan kes pukul yang sudah berlalu sebulan tidak dikira samseng? Samseng dia dah habis tarikh luput?
Istilah "pegawai samseng" ialah apabila seseorang pegawai itu mengugut untuk tarik zakat. Samseng lah tu. Dia seolah-olah mengatakan zakat itu miliknya. Samseng dengan hak orang lain. Ke, ada yang kata “silakan untuk ugut dengan zakat.. sila sila..”?
Semoga kita berjaya dalam peperiksaan dunia dan akhirat
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment