Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime, Presiden PMRAM
dan juga saksi utama kes kemalangan ini.
Petang (dekat nak magrib) tadi, saya menerima offline mesej yang berbunyi..
Assalamualikum wbr, terkini. Ketua Penasihat BKAWM ust hisyam zakaria dan Exco Perumahan ust mohd adlly bukhori terlibat dengan kemalangan pada jam 6 petang tadi. Sama-sama kita panjatkan doa semoga mereka cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian. berita akan di update di blog dalam masa terdekat nanti
Saya abaikan sebentar offline mesej ini untuk mendirikan solat, dan mengambil masa untuk study sehinggalah hampir Isya. Selepas berehat untuk makan malam dan Solat Isya, saya mengambil kesempatan menghubungi Presiden PMRAM berhubung kes kemalangan siang tadi yang berlaku di Kaherah (bukan di Mansurah) sepertimana yang telah diberitahu di dalam offline mesej tersebut.
Erm.. ketika menghubungi beliau, beliau berkata "kemalangan tersebut berlaku depan mata ana.."
Ha... Saya terkejut. Kemalangan itu disaksikan sendiri oleh Presiden PMRAM!
Ketika itu, Presiden PMRAM sedang berada di lorong Samy Photo, dan kemalangan terjadi si simpang empat jalan utama.
Beliau menceritakan...
Sebuah kereta keluar dari lorong Samy Photo tersebut, kemudian menuju ke lorong Masjid Musa. Manakala kedua-dua orang sahabat kita ni melalui Jalan Utama dari Hayyu 7 menuju Kuliah Banat (bukan nak pi kuliah Banat, tapi nak pi rumah Johor di Rab'ah).
Motor yang dibawa oleh Us Adli (penunggang) dan Us Hisyam merempuh kereta tersebut yang keluar dari jalan kecil meng"cross" jalan utama yang dilalui oleh mereka. Akibatnya mereka berdua gagal mengawal motosikal mereka, lalu merempuh kereta tersebut.
Mereka dibawa ke Hospital Taisir (berhampiran Mesir Wa Sudan) untuk rawatan. Us Adli kena balut tangan, manakala Us Hisyam dijahit 17 jahitan. Banyak betul.. SyafakumaLlah..
Setelah berada di Taisir, mereka di bawa ke Hospital Rab'ah untuk pemeriksaan X ray, bimbang kut-kut ada retakan pada tulang... Berhati-hati ketika menunggang motosikal. Dalam masa yang sama, di Mansurah juga berlaku kemalangan "langgar lari sepertimana yang telah saya postkan sebelum ini (link)
Untuk melihat gambar ketika mereka berada di Hospital Rab'ah, sila klik pada post saya sebelum ini (link).
Alhamdulillah, semua kronologi ini saya perolehi daripada Presiden sendiri, yang juga saksi utama dalam kemalangan yang mencederakan dua orang ahli PMRAM Cawangan Kuala Lumpur.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
1 comments:
alhamdulillah...PMRAM banyak membantu .....
Post a Comment