30 May 2010

Kerjasama Pendidikan Antara Univesiti al Azhar Dan UNISEL



Rektor Fakulti Ulum Islamiah (Siswa) Universiti Al-Azhar, Dr. Muhammad Hassan Iwadh menegaskan bahawa betapa pentingnya hubungan pendidikan dan ilmiah yang diadakan antara Universiti Al-Azhar dan universiti serta pusat pengajian di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan rombongan Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang diketuai oleh Dr. Halimah Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan) dan beberapa wakil UNISEL.

Pertemuan ini juga menyatakan persetujuan dua pihak berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing dalam bidang pendidikan Islam dan perubatan secara khususnya.

Tambahan pula, Dr. Halimah Ali menyatakan kegembiraan beliau di atas kerjasama ini selain Universiti Al-Azhar merupakan antara universiti tertua di dunia yang membawa Manhaj Wasatiah (pertengahan) dalam sistem pembelajarannya. Oleh sebab itu, hingga ke hari ini seramai kira-kira 7000 orang pelajar Malaysia yang merupakan pelajar Al-Azhar di fakulti pengajian Islam dan perubatan.

Wakil Al-Azhar yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah Dr. Ismail Syubaik (Rektor Fakulti Perubatan Siswa), Dr. Najwa Abd Al-'Aal (Rektor Fakulti Perubatan Siswi), Dr. Ad-Dusuqi Faudhah (Ketua Jabatan di Fakulti Perubatan), dan Dr. Ahmad Muhammad Al-Mazin (Wakil Fakulti Ulum Islamiah).

Sumber : Akhbar Shout Al-Azhar bil. 556.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal