16 April 2010

Telan Air Ludah Ustaz : Asri VS JAIS


Telan air liur ustaz.. Itulah tajuk artikel karangan MAZA yang menimbulkan tanda tanya. Artikel yang bersifat umum, nak dedah.. tapi tersipu malu-malu kucing. Artikel ini telah membuatkan JAIS mengeluarkan waran tangkap kepada beliau sekiranya tidak mahu tampil memberi kenyataan yang bersifat berani.

Artikel MAZA itu di sini atau di sini, dan berita tentang waran tangkap itu pula di sini.

Cuma, apabila saya membaca itu dan ini yang telah ditulis oleh beliau di dalam blog rasminya, saya merasakan seolah-olah MAZA sengaja mencari pasal dengan JAIS. Kenapa? Atau mungkin sengaja menimbulkan isu?

Ini kerana beliau menulis dalam keadaan tidak merujuk perkara ini terlebih dahulu kepada JAIS. Kalau beliau ada bukti tentang amalan yang beliau anggap sebagai khurafat ini, kenapa tidak diadukan kepada JAIS terus?

Bertambah pelik apabila artikel beliau tidak menyebut "siapa" atau disebut secara umum. Kenapa? Pengecut untuk membuat kenyataan berani secara rasmi. Kalau ada maklumat, kenapa perlu takut untuk mendedahkannya? Atau ada maslahat tertentu.

Kemudian saya bertambah "rasa tak best" apabila beliau membangkitkan isu musafahah yang diselitkan di dalam isu air liur ni. Nampak ia sengaja mengkosmetikkan lagi artikel yang tidak berfakta beliau, dengan menunding jari kepada ulama-ulama lain. Alaa.. macam tak tahu dia nak kata kat siapa.. Cuma, dia dok main sindir-sindir je..

Memang beliau inginkan "isu" beliau dinaikkan semula oleh media.. Ya.. Itu salah satu strategi untuk mengalih pandangan media kepada dirinya.. Atau dengan kata lain, nak famous.. Macam Kickdefella, atau beberapa blogger yang lain, sengaja untuk menimbulkan "panas" dalam dunia internet.

Apa, ingat bagus ke cara tu? Sengaja menukar strategi menabur fitnah kononnya "melalui pendedahan ikhlas". Walhal perjuangan tersebut merugikan masa anda. "Ustaz, kenapa dok bantai dia.. kita kan sama-sama pendakwah.."

Aih.. yang dia gatal tangan pi bantai JAIS tu pasal apa? Saja nak burukkan JAIS. Takda kerja lain. Banyak lagi maksiat kat luar nu.. Tak habis-habis dengan isu itu dan ini.. Saya harap, anak-anak murid kepada "syeikh" yang diperli ini dapat bangun menjelaskan perkara yang sebenar.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

Syihabudin Ahmad on April 16, 2010 at 7:17 PM said...

ustaz..... jangan keluarkan perkataan sebegini.. tak elok untuk masyarakat umum... biarlah MAZA dengan perangai dia yang anta tak suka, tapi jangan pula anta terikut2 dengan cara dia...

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal