Usah hiraukan kemuncup di tengah perjalanan..
kerana perjalanan itu masih panjang..
Isu keprofessionalan Pegawai JPMK semakin dipertikai. Entahlah. Saya tidak pasti. Saya mendoakan agar ia diselesaikan secepat mungkin kepada pihak terbabit. Saya tidak boleh cerita panjang lebar. Cuma, sedikit coretan manis yang ingin dikongsi bersama.
Coretan manis ini tidak dapat diungkapkan terlalu awal di sini. Cuma, usaha yang kita tuntut, pasti Allah mendengar. Munajat seorang hamba di malam hari pun didengari oleh Allah, apatah lagi suara mahasiswa yang menuntut hak mereka dikembalikan. Pasti lebih didengari.
Mata bersengkang untuk mengetahui perkembangan terkini. Alhamdulillah, semuanya dinilai oleh Allah, walaupun kerap dicaci dan dicarut. Semoga Allah memulihkan lidah mereka supaya sentiasa berzikir kepada Allah selepas ini.
Facebook Khairi
Facebook Khairi yang telah ditutup beberapa hari lalu, pasti ada sebabnya. Persoalan timbul setelah keliru beberapa ketika. Rupa-rupanya Khairi bukan sengaja menutupnya, tetapi disuruh untuk tutup. Fitnah yang dicetuskan olehnya, akhirnya memakan dirinya kembali. Kita doakan supaya beliau diberi hidayah.
Perpindahan Muhafazah
Saya telah mengeluarkan 2 klu untuk cuba mendedahkan siapakah tangan belakang dalam isu perpindahan muhafazah ini. Beberapa persoalan yang saya timbulkan ialah tentang penglibatan Dato Zainal. Bukanlah untuk memburukkan beliau, tetapi supaya kita mengetahui, siapakah yang perlu kita desak untuk membatalkan persetujuan ini (sekiranya ada), dan saya yakin, ia pasti ada persetujuan.
Kenyataan En Zul
Isu ARMA yang sengaja dipanaskan oleh En Zul, akhirnya menaikkan kembali memori lama untuk mendapatkan kembali Anjung ARMA. Beliau dengan mudahnya menafikan hak PMRAM yang selama ini berusaha untuk menambah baik prestasi mahasiswa Mesir. Kenyataan En Zul yang jelas menafikan hak itu membuatkan serangan kita takkan berhenti untuk mendapatkan ARMA. Biar dicaci atau dikeji.
Kembalikan Hak Kepada Mereka Yang Berhak
Hak mahasiswa Mesir yang selama ini senyap, kali ini ia dibangkitkan. Sanggup diperlakukan apa sahaja. Nak hina? Silakan. Nak mencarut.. lagi aku tak hairan. Nak dipukul atau dibunuh pun aku sanggup! Nyawa itu milik Allah, bukan milikku. Asalkan hak dapat dikembalikan kepada mereka yang berhak, dan Islam itu ditinggikan.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment