01 May 2010

Alhamdulillah, Akhirnya Khairi Mula Buat Kerja..


Alhamdulillah, akhirnya Khairi mula melakukan pekerjaan yang sepatutnya. Ini telah didedahkan oleh beliau di dalam blognya. Kalau sebelum ini, senyap dan terus senyap. Sehingga mahasiswa akan menduduki peperiksaan, dia masih lagi diulit mimpi. Jom kita baca kalamnya di bawah (link)

Assalamualaikum,

Salam mesra pelajar-pelajar Qiraat,

Saya juga merasa kesal dengan kejadian ini dan mendapat tahu ianya juga berlaku pada tahun-tahun sebelumnya, sebelum saya hadir, ke bumi kinanah ini. Denyut nadi dan rintihan pelajar dapat dirasai menyebabkan saya kurang selera nak makan, saya tak mampu nak jawab semua panggilan telefon dengan masalah pelajar perubatan yang masih juga tertunggak sebelum saya ke sini. Justeru, pihak kami sedang berusaha semaksimum mungkin untuk menjernihkan keadaan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Saya datang ke sini untuk menyelesaikan masalah dan tidak ada di hati kecil saya perasaan untuk "memilih bulu" dalam menyelesaikan hal pelajar samada perubatan atau pengajian Islam.

Setakat ini, apa yang saya dapati kenyataan hanyalah dibuat secara lisan "bahawa pelajar Qiraat akan dita'jilkan (dilambatkan) mengambil peperiksaan pada bulan Julai" oleh Syeikh Abdul Baqi, Amin al-Aam Majmak al-Bhuth al-Islamiah pada 29 April 2010 (KHAMIS). Saksi utama ialah Ustaz Sulaiman Zaki.

Justeru, pihak JPMK berusaha sekali lagi dengan mengaturkan pertemuan dengan Syeikh al-Azhar yang baru Dr. Ahmad Tayyib pada hari Selasa 4 Mei 2010.

Syeikh al-Azhar ini merupakan ulamak yang hebat dan mematuhi undang-undang. Sudah tentu dia mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dari yang sebelumnya.

Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar.

Mohon kepada pelajar-pelajar solat hajat, agar dibukakan hati Syeikh al-Azhar yang baru ini supaya beliau bersetuju membenarkan pelajar Qiraat mengambil peperiksaan bertulis pada 8 Mei 2010.

Saya menasihatkan pelajar agar mengulang kaji lagi "hafazan al-Quran secara bertulis" sebelum keputusan secara hitam putih dipaparkan di laman web JPMK.

Saya juga sedang mengumpul maklumat dan punca kelewatan dari pelbagai sumber. Jika ada sebarang maklumat sila hantar e-mail kepada irfankhairi08@gmail.com , Harapan saya jangan buat spekulasi tetapi carilah jalan untuk menyelesaikan.

"Anggaplah ini adalah sunnah orang yang berjuang. Semoga al-Quran dapat membentuk akhlak kita semua"

Ikhlas dari;

Khairi bin Jalalluddin
Atase Pendidikan (Akademik)

Selamat menjalankan tugas. Saya cuma mengharap untuk selepas ini, supaya tidak diulangi perangai buruk Pegawai JPMK yang melambat-lambatkan proses sehingga mahasiswa/wi tidak dibenarkan masuk peperiksaan. Kemudian, tulis dalam blog minta maaf. Padahal sudah menyusahkan..

Saya berharap ia tidak diulangi. Amat dikesali. Dan harapan juga supaya Khairi dan Pegawai JPMK yang lain boleh buat kerja, tidak makan gaji buta, memahami gerak kerja dan sebagainya. Jangan tunggu mahasiswa bising, baru terhegeh-hegeh nak ke sana ke mari. Semoga dapat berubah ye..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal