Seorang mahasiswa menulis di dalam ruangan komen beliau, mempertikaikan kerja Khairi yang lambat ini. Memang lambat pun. Orang dah periksa, baru terhegeh-hegeh membuat urusan. Jangan lupa untuk membaca ulasan saya di bawah sekali yang menunjukkan jawapan beliau terhadap pelajar yang memalukan!. Mahasiswa berkata (link)
Salam kepada Tuan Khairi Jalaludin yang dikasihi,Sungguh saya terharu membaca pengakuan Tuan hingga tidak lalu makan. Sungguh mulia hati Tuan.Pun begitu, saya meragui kenyataan ini'Fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar'Mengapa hanya di saat-saat akhir,baru terpamer kesungguhan dari Pihak Tuan setelah berbulan fail itu berada di pihak Tuan. Tak begitu ?Setelah Pelajar Qiraat Shoubra dan Mansurah bangun mendesak, baru Tuan bangun dari mimpi indah Tuan.Kami perlukan penjelasan segera !
Khairi menjawab...
Ayat "setelah berbulan fail itu berada di pihak Tuan. "Saya memerlukan fakta hal ini untuk rujukan dan tindakan saya, daripada bulan berapa tu hingga bulan berapa.saya juga nak tahu siapa wakil pelajar yang menguruskannya sebelum saya datang ke sini.Apa punca kelewatan dan sebagainya.Terima kasih
Mahasiswa berkata lagi
Tuan...tak usahlah nak berdalil-dalil nak nak kami kemukakan fakta.mustahil tuan tidak tahu LANGSUNG mengenai fail tersebut ataupun tuan buat-buat tidak tahu??untuk rujukan fakta yang tuan minta itu, tuan boleh rujuk kepada En. Sulaiman.kami telah banyak menahan sabar dengan kerenah pihak JPMK ni, hampir tiap-tiap tahun kami dizalimi di sini.mana mungkin tuan tidak tahu, sekiranya tuan tidak mencuba untuk tahu.kami mohon jasa baik tuan untuk menguruskan proses kenaikan nama kami pelajar-pelajar takhassus qiraat ini secepat mungkin.andai kata imtihan kami dibuat pada bulan julai nanti, kondisi kami pada masa di antara dua:1- kebiasannya bulan julai adalah fatrah imtihan dhaur thani, selepas itu ssudah tidak ada imtihan lagi, kecuali tahun berikutnya pula.( kalau tak lulus 3 madah, kami tidak dapat naik tahun)2- ulang tahun. andai kata nama kami tidak muqayyad juga pada tahun ini, yang pastinya kami pasti akan mengulang tahun lagi( tahun satu 2x)........
Khairi menjawab..
Terima kasih di atas respon, saya tidak mewarisi segala apa keburukan yang berlaku pada tahun lepas.Saya akan buat yang terbaik untuk pelajar. Harap dapat e-mail kat saya punca2 kelewatan fail. Saya dengar pelajar lambat hantar medical check up, visa pelajar pun ada kaitan.. dan juga maklumat dalam fail pelajar..itu secara umum.. saya nak tahu detailnya.. harap e-mail irfankhairi08@gmail.com
Kesal dengan jawapan beliau yang sangat tak memuaskan. Beberapa ayat yang jelas menunjukkan Khairi tidak mahu menerima kesilapan apabila beliau mengemukakan ayat-ayat yang telah saya bold kan, iaitu
Saya memerlukan fakta hal ini untuk rujukan dan tindakan saya, daripada bulan berapa tu hingga bulan berapa.
Kesalahannya ialah datang ke Mesir sebagai pegawai JPMK dalam masa yang sama tidak tahu gerak kerja, laporan masalah dan sebagainya, yang dihadapi sebelum ketibaan beliau. Kenapa beliau bertanya kepada mahasiswa? Takkan laporan daripada pegawai sebelum tidak buat? Atau Khairi yang malas untuk membelek fail-fail lama? Apa punya jawapan da...!
saya juga nak tahu siapa wakil pelajar yang menguruskannya sebelum saya datang ke sini.
Ada pulak nak salahkan pelajar. Memang kenyatan yang memalukan daripada Khairi. Kenapa tunding jari kepada pelajar yang menguruskan sebelum ini? Atase Pendidikan sebelum ini siapa? Hang reti buat kerja ke tidak? Ngaku Pegawai JASA. Hampeh. Tak professional langsung!
Terima kasih di atas respon, saya tidak mewarisi segala apa keburukan yang berlaku pada tahun lepas.
Setelah dijelaskan oleh mahasiswa, baru la dia ngaku.. Memang tak professional. Memalukan. Kemudian cuba menyelamatkan diri daripada segala tohmahan dengan menunding jari kepada orang sebelum ini. Apa semua ini? Kesal!
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment