01 May 2010

Dengar Cerita Prof Jamil Tak Dapat Sambung Bertugas..


Sebelum membaca artikel ini, saya jelaskan terlebih dahulu, ini hanyalah ura-ura sahaja, dan doakan supaya ia jadi kenyataan.

Saya dengar khabar di sana sini menyatakan bahawa Prof Jamil sudah tidak dibenarkan untuk menyambung bekerja sebagai Pengarah JPMK lagi. Tempoh yang berbaki mengikut tempoh perjawatan beliau ialah sehingga bulan Jun ini. Iaitu berbaki kurang sebulan dua bulan lagi.

Kemudian, dikhabarkan juga beliau akan tiba di bumi dalam masa yang terdekat, sehingga tamat tempoh beliau. Mari sama-sama kita doakan agar beliau tidak dapat menyambung kerja di sini. Prestasi kerjanya selama tempoh keberadaannya di sini amat dikesali.

Kenangan pahit yang kami lalui, ialah usaha beliau untuk menggagalkan program Kutub Sittah. Satu usaha yang cukup jahat. Bahkan beliau menggunakan letterhead safarah, tanpa mendapat kebenaran, untuk menyekat program tersebut. Satu kesalahan yang besar!

Semoga dia tidak dibenarkan menyambung tugasnya. Memeningkan kepala. Saya mendengar khabar berita dari Malaysia bahawa beliau sedang berusaha untuk membolehkannya menyambung kerja di sini. Semoga usaha tersebut digagalkan oleh Allah, sepertimana beliau menggagalkan program Kutub Sittah!

Sama-sama kita doakan agar Pegawai JPMK yang mempunyai agenda politik ini dapat dihantar pulang, dan ditukarkan kepada pegawai yang berAKADEMIK. Tahniah kepada pegawai yang cemerlang, dan takziah kepada pegawai yang mengarut.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal