01 May 2010

Hisbah : JPMK Dan ISMA Taknak Bersama PMRAM, Ramai Lagi Yang Nak..


Sudah berkurun lamanya, PMRAM mendesak pihak JPMK untuk bersama-sama menyelesaikan masalah hisbah. Namun, sehingga kini ia hanya ibarat angin yang bertiup pada lalang, pergi begitu sahaja. Saya masih ingat, sekitar 2006 (kalau tak silap), PMRAM sudah menggesa pihak JPMK untuk mengeluarkan kad mutazawwijin dan kad hisbah.

Malangnya, tuntutan tersebut masih lagi bertaik telinga di dalam telinga mereka. Malang. Hisbah tidak dianggap penting oleh mereka. Bertambah teruk apabila dari setahun ke setahun, gesaan daripada PMRAM tidak bersambut.

Bahkan, apa yang menimbulkan masalah, ISMA, Nadi UMNO dan sebagainya, langsung tidak bersama PMRAM dalam memperjuangkan hisbah. Mereka pula yang buat masalah itu dan ini. ISMA sehingga kini senyap untuk mengatakan tentang gejala sosial. Mereka menubuhkan komuniti mereka secara selesa tanpa menghiraukan gejala sosial di sekeliling.

Konon tarbiah hebat...

Setiap tahun diadakan pertemuan dengan pemimpin negara-negara Asia Tenggara yang dibuat dan dihadiri sendiri oleh Presiden PMRAM sendiri. Alhamdulillah, mereka lebih bersungguh untuk bersama PMRAM dalam isu ini.

Berita baik apabila PMRAM mengadakan pertemuan dengan pimpinan PPMI (Indonesia) sepertimana di dalam web PMRAM :

KAHERAH, 27 April - Pihak PMRAM telah mengadakan perjumpaan rasmi bersama pihak PPMI di kediaman Wisma Nusantara, Rab'ah. Perjumpaan rasmi tersebut diadakan bagi kunjung hormat sempena pimpinan baru PMRAM dan membincangkan beberapa perkara di antara 2 persatuan wakil negara. Pihak PMRAM diketuai oleh Saudara Zuhaili Saiman (Timbalan Presiden), Saudara Adlan Mokhtaruddin (Naib Presiden 1), Saudara Azlan Alias (Naib Presiden II). Saudara Farkhan Md Zin (Naib Presiden III), Saudara Ahmad Taufiq Dahlan (Setiausaha Agung) dan Firdauz Noh (Bendahari Kehormat). Di dalam pertemuan tersebut 2 isu sempat dibincangkan bersama iaitu berkaitan masalah sosial di kalangan mahasiswa/wi Malaysia dan Indonesia dan isu yang membabitkan perpindahan mahasiswa/wi wafidin di muhafazah ke Kaherah.

Tambahan pula, PPMI mendapat sokongan padu dari pihak JPMK mereka. Tidak macam JPMK kita yang tak habis-habis nak carik pasal. JPMK mereka lebih bersungguh bersama pelajar untuk menjaga kebajikan ahli. Manakala JPMK kita sering menyusahkan ahli, dan usaha PMRAM tidak pernah disambut baik oleh mereka. Kesal!

Dalam masalah sosial tersebut, Saudara Adlan sempat bertanyakan mengenai peristiwa hitam yang menimpa ke atas seorang warganera Indonesia baru-baru ini. Peristiwa tersebut dipandang serius oleh pihak PPMI dan Kedutaan Indonesia.

Di tengah-tengah masalah musyrif yang sering diabaikan oleh beberapa orang akhawat kita, akhirnya ia disambut baik oleh negara lain. Tahniah PPMI..

Pihak PPMI kini kerap memberikan maklumat dan taklimat berkenaan keselamatan terutama bagi mahasiswi yang ingin keluar di waktu malam. Apa yang diberitahu bahawa, pihak PPMI kini turut mengambil inisiatif yang telah dijalankan oleh pihak PMRAM iaitu dengan memperkenalkan sistem musyrif bagi mahasiswi yang keluar di waktu malam. Walau bagaimana pun sistem tersebut masih belum digunakan sepenuh kerana masih baru diperkenalkan.

Ingat, sekiranya JPMK tidak mahu bersama PMRAM dalam menangani masalah sosial, masih ramai lagi yang berminat untuk bersama PMRAM. ISMA yang konon tarbiah hebat, masih lagi enggan bersama kerana menjaga komuniti mereka yang selesa. Konon tarbiah hebat. Tapi tidak mengapa wahai ISMA, kami tak kesior nak kat hangpa.. Ramai lagi yang sanggup memperjuangkan Islam!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal