Alhamdulillah. Inilah ucapan lidahku apabila selesai melaksanakan Program Kem Remaja Luqman, hasil kerjasama tiga pihak, iaitu Pejabat Agama Grik, Pejabat Agama Pengkalan Hulu dan KPIPM. Mula-mula sekali, saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat adhoc kerana kelewatan saya menghadirkan diri bersama antum.
Saya tiba pada petang hari kedua. Ini kerana persiapan untuk perkahwinan terlalu banyak untuk diselesaikan. Hari-hari saya mengecat rumah, bersihkan halaman, dan edarkan kad. Terima kasih kepada abah dan mama yang juga banyak membantu dalam menyelesaikan masalah ini bersama.
Namun, kesempatan untuk bersama KPIPM telah diluangkan. Pada hari kedua saya tiba 5 minit sebelum azan Maghrib. Dan selepas Isya, semua peserta akan bergerak ke Masjid Daerah Lenggong untuk berforum. Pada malam itu, saya berforum bersama ustaz Ahmad Munawer bin Salehuddin dengan tajuk Hubungan Kekeluargaan Dalam Pembentukan Masyarakat.
Alhamdulillah, pada malam tersebut, KPIPM telah membuat kutipan untuk tabung kebajikan KPIPM di masjid tersebut.
Keesokan paginya, pada jam 10 pagi, bermulanya majlis perasmian penutup, oleh Dato Syeikh Mohd Nor Mansur al Hafiz. Beliau juga menekankan tentang aspek kekeluargaan dalam konteks remaja. Pada akhir Majlis Perasmian, KPIPM telah menghadiahkan Monograf Prasasti Perak kepada Pejabat Agama Grik dan Pengkalan Hulu sebagai tanda kenang-kenangan.
Selepas tamat majlis perasmian tersebut, kami bersama-sama menjamu hidangan raya, atau dipanggil sebagai jamuan hari raya...
Secara individu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua adhoc yang membantu. Alhamdulillah, semuanya dari kalangan ahli KPIPM. Oh ya.. pada hari kedua, kami dikunjungi oleh dua orang lama KPIPM, Us Yasir bin Abd Rahman, dan Us Sofiuddin bin Ahmad Farid. Ustazah Nasuha (isteri Ustaz Syukri) juga terlibat sebagai tenaga pengisi.
Insya Allah, gambar masih dalam proses pengumpulan.. dan akan disiarkan di dalam blog KPIPM sendiri oleh Us Nazirul sebagai Setiausaha Program.. Terima kasih kepada semua.. Jangan lupa datang walimah saya..
0 comments:
Post a Comment