17 Oktober 2009- Bertempat di Pejabat Jabatan Penuntut Malaysia Iskandariah, Kelab Umno Iskandariah (KUIM) telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini.
Majlis yang bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran tetamu daripada setiap tempat seperti Kaherah, Dumyat, Thafanah, Tanta dan juga Damanhur.
Lebih kurang 100 orang tetamu yang telah hadir. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Nor Zakiah Binti Zaidon Pegawai Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia Iskandariah beserta keluarga. Turut hadir Ustaz Nik Ahmad Sukimi Bin Nik Leh Pembantu Jabatan Penuntut Malaysia Iskandariah. Tidak ketinggalan Exco Kelab Umno Kaherah yang turut hadir bersama kehadiran pelajar-pelajar yang berada di Iskandariah. Pihak penganjur turut menjemput pegawai-pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) tetapi mereka tidak dapat hadir kerana mendapat jemputan rumah terbuka pada waktu yang sama di Kaherah.
Pelbagai jenis hidangan yang telah disediakan seperti nasi berkismis,rendang daging, ayam bersos, satay, kuah kacang, nasi himpit dan bermacam-macam lagi .
Semua Ahli kelab Umno Iskandariah telah memberikan komitmen yang cukup memberangsangkan. Bertempat di rumah Pengerusi Siti Saharaneh Binti Mohd Shuaib semua ahli bergotong-royong membakar satay dan menyediakan persiapan untuk majlis rumah terbuka tersebut.
Sebelum majlis bersurai, sesi bergambar beramai-ramai diadakan sebagai gambar kenangan Aidilfitri 2009.
Ulasan
Entah tiba-tiba sahaja terbuka web umno luar negara.. Mata terpaku apabila terbaca berita yang bertarikh 17 Oktober.. dan linknya ada di bawah ini
http://www.kelab-umno.com/index.php?option=com_content&view=article&id=228:kelab-umno-iskandariah
Sebelum ini beriya-iya mengatakan bahawa para pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan politik.. Ni apa kejadah ni?
Dr Hassan Ali, yang merupakan rombongan Kerajaan Negeri Selangor, tidak dibenarkan menggunakan ARMA untuk menyampaikan ceramah.. Tetapi, kenapa dalam kes ini nampak pelik? Memang jangan haraplah nak bagi peluang kepada "bukan kerajaan" untuk bergerak secara rasmi di Mesir ini, walaupun sebagai wakil kerajaan negeri.
Entah kenapa.. Tempat jamuan pun dibuat di Pejabat jpmk.. Kalau umno-umno itu datang atas title kerajaan,.. boleh diterima lagi.. Tapi yang peliknya.. kelab umeno iskandariah buat majlis jamuan hari raya di Pejabat jpmk..
Teringat ketika Iftor Jam'ie PMRAM berlangsung.. Rancangan siapakah yang ingin merosakkan program tersebut? Tanyalah mereka yang lebih mengetahui.. Majlis Pembacaan Kutub Sittah pula, beriya-iya JPMK menghantar surat kepada pengurus Azhar Conference Centre untuk menggagalkan program tersebut. Katanya PMRAM itu pembangkang..
Fikirlah sendiri wahai manusia yang berakal. Diharap kepada jpmk supaya tidak buat hal lagi. Kalau nak carik pasal, tunggulah balasan dari Allah.
Alasan dari dulu, PMRAM tidak berdaftar.. umno mesir daftar.. jadi bolehlah guna pejabat JPMK. Takkanlah nak buat Majlis Pembacaan Kutub Sittah pun nak kena daftar dengan jmpk? Nak guna Dewan ACC pun kena daftar jugak? Kalau PMRAM daftar bawah jpmk, komfim takleh buat Kutub Sittah.
Sebabnya, PMRAM tak berdaftar dan tak guna premis jpmk pun depa usaha untuk gagalkan.. kalau daftar .. lagi la.. Langsung takleh buat program apa-apa. Sebelum ini pun dah banyak program PMRAM cuba digagalkan oleh jmpk.. dah boring rasenya.. semua orang tahu.. Diharap jmpk tahu bidang tugasnya.. PMRAM tak berdosa.. jangan carik dosa sekat orang buat baik..
0 comments:
Post a Comment