21 October 2009

Syeikh-syeikh Kutub Sittah.. Semoga Kami Mewarisi Ilmu Mereka


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga Majlis Pembacaan Kutub Sittah diadakan, walaupun terpaksa berhadapan dengan kerenah JPMK yang tidak professional. Tahniah kepada PMRAM. Walaupun diri ini berada di Malaysia, dan terlalu ingin untuk bersama mendengar bacaan hadis tersebut, saya tetap bergembira kerana program julung kali ini, berjaya disempurnakan juga.

Dalam melaksanakan program seperti ini, teringat saya tentang usaha Imam Bukhari dalam mengumpulkan hadis-hadis. Hari ini, kita dapat melihat dan membaca, bahkan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber. Bayangkan sekiranya ulama-ulama dahulu tidak berusaha dalam menuntut ilmu, dan mengembangkan Islam. Masakan hari ini kita dapat belajar di Masjid al Azhar.

Saya teringat ketika bersama Syeikh Sa’id Muhammad Muhammad Ali, Doktor al Azhar, Usuluddin Dakwah (Kini menjadi Imam Besar Masjid Husain). Beliau menceritakan kepada saya bahawa seorang syeikh yang saya terlupa namanya pernah bermimpi bahawa beliau melihat Imam Bukhari sedang mengikuti tapak kaki Nabi Muhammad SAW, satu persatu. Nabi Muhammad SAW berjalan di hadapan, dan Imam Bukhari menapak satu persatu kesan tapak kaki Baginda SAW.

Syeikh Ibrahim al Kattani, salah seorang tenaga pengajar dalam Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran PMRAM, seorang yang menghafal Shahih Bukhari sepertimana kita menghafal Surah al Fatihah. Satu ketika, seorang pelajarnya pernah menegurnya ketika membaca Hadis Shahih Bukhari. Pelajar tersebut mengatakan bahawa hadis yang dibaca oleh Syeikh Ibrahim berbanding apa yang tertulis di dalam naskah miliknya adalah berbeza. Lalu Syeikh Ibrahim berkata, naskah kamu yang tersilap cetak. Memang benar, apabila disemak dengan cetakan lain, jelas menunjukkan bahawa Syeikh Ibrahim seorang yang sudah cair dengan Shahih Bukhari tersebut. Inilah sepertimana yang diceritakan kepada saya.

Syeikh Usamah, saya mula mengenalinya seawal menjejakkan kaki ke bumi Mesir. Ketika itu diadakan di Masjid Azhar, Kelas Pengajian Musim Panas. Ketika di dalam kelas, seseorang bertanya kepadanya, “Syeikh, berapakah umur awak?”. Syeikh Usamah hanya tersenyum... Ketika itu, beliau berumur 28 tahun, pada tahun 2006. Itupun kalau tak silap saya. Beliau pernah menceritakan kepada kami tentang pengalamannya menuntut ilmu. Bermacam-macam kitab telah beliau khatam bersama ulama’-ulama di seluruh dunia. Seseorang pernah bercerita kepada saya, bahawa beliau juga pernah mengambil kesempatan berjumpa dengan Tok Guru-Tok Guru di Malaysia, untuk mendapatkan manfaat dan perkongsian ilmu. Pernah juga diceritakan kepada saya, satu ketika dalam kelas Pengajian Syeikh Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang), seseorang bertanya kepada syeikh.. “Benarkan hadis ini shahih sepertimana yang syeikh beritahu?”.. Syeikh Ali berkata... “Muhaddith ada di sebelah aku ini...”.. sambil menunjuk kepada Syeikh Usamah. Beliau seorang yang fasih berbahasa Arab, dan agak mudah difahami. Ayatnya tersusun kemas.. dan penuh dengan hikmah. Beliau juga kerap menggantikan tempat Syeikh Ali Jum’ah berkhutbah di Masjid Sultan Hassan.

Syeikh Yusri, mula saya kenal pada akhir 2005 lagi. Ketika itu beliau mengajar Kitab Risalah al Qusyairiah (Tasawwuf), pada pagi hari Sabtu. Alhamdulillah, sehingga hari ini, beliau masih mengajar di waktu tersebut. Saya sempat menerima ijazah wirid Tareqat As Siddiqiah daripada beliau. Seorang Doktor Pakar yang hebat dalam ilmu agama. Beliau juga mengajar di Jabal Muqattam setiap pagi. Cuma saya je yang tak pegi. Tahniah kepada kengkawan lain yang istiqamah dengan kelas subuhnya. Saya Cuma sempat seminggu sekali ke sana iaitu pengajian Muwatta’ Imam Malik, Syamail Muhammadiah dan Hikam Ato’illah as Sakandari. Satu ketika berada di dalam kelas beliau, Kitab Shahih Bukhari.. datang seorang hamba Allah. Dengan selambanya, dia mem”bantai” Syeikh depan-depan... Dia kata syeikh ni tak betul la.. mengarut dan sebagainya. Dia juga mendoakan supaya Allah menghancurkan al Azhar. Hampeh betul mamat ni.. Nyibuk je. Dia datang tanpa diundang. Sambil tersenyum, Syeikh Yusri memanggilnya supaya duduk di bahagian hadapan. Dia pergi ke hadapan berhampiran Syeikh, sambil terus mengatakan itu ini. Pada mulanya syeikh bertanya.. nama kamu siapa.. datang dari mana.. Saya pun tak ingat apa jawapannya. Setelah itu, syeikh mempersilakannya bercakap sebanyak mungkin apa yang dia mahu, sehinggalah dia keluar dari kelas tanpa disuruh, sambil tidak henti-henti memaki hamun..

Dr Jamal Farouq, saya jarang menghadiri kelasnya. Kerugian bagi saya kerana kehebatan beliau dalam Mantiq. Tanpa disedari, beliau telah mempraktikkan Mantiq. Satu ketika beliau mengajar Kitab Jauharah Tauhid di Masjid al Azhar.. beliau mengatakan bahawa antara perkara yang tidak masuk akal dalam teori Darwinisme ialah.. kalau kita ajar beruk membaca, sampai kiamat pun takkan pandai.. Mana mungkin manusia itu berasal dari beruk.. katanya.. Memang betul pun. Perbezaan antara manusia dan beruk ialah akal, atau dalam bahasa mantiqnya ialah natiq. Mantiq ini telah dijelaskan di dalam bab Kuliyyat Khams. Dan banyak lagi ilmu-ilmu beliau dan kemahiran yang diajarkan kepada kami. Antara kenangan manis bersamanya ialah, menjemput beliau dari Masjid Azhar, ke Hayyu Asyir, sempena program Ceramah Isra Mikraj anjuran PMRAM. Alhamdulillah, saya sempat menjadi “drebar” beliau.. Saya berdoa agar saya dapat mulazamah kelas Jauharah Tauhidnya di Masjid Azhar. Tetapi, sekarang ni saya berada di Malaysia, dan agak rugi tidak dapat bersama dengannya.

Dr Rif’at Fauzi, salah seorang Pensyarah al Azhar.. saya belum pernah berguru dengannya. Namun, itulah kerugian bagi saya.

Setelah 4 tahun berada di Mesir, alhamdulillah, sedikit sebanyak pengalaman dapat dikutip bersama masyaikh. Walaupun saya lebih tertumpu dengan aktiviti persatuan, namun, hati ini masih terpaut kepada mereka. Kadangkala saya gemar meniru gaya syeikh-syeikh kita.. semoga saya dapat menjadi syeikh seperti mereka.

Syeikh Ali Jum’ah, dan anak muridnya, Syeikh Sayyid Syaltut, kerap meramas-ramas kedua-dua pergelangan tangannya ketika mengajar. Syeikh Imad Affat digelar Syafie Saghir dengan ilmunya yang tinggi. Syeikh Sa’id Muhammad Muhammad Ali, berkhutbah dengan badan yang tegap dan tangan yang rileks.. Syeikh Ibrahim Ba’bulah kerap menyelitkan sirah Nabi Muhammad SAW di dalam kelas tajwidnya.. dan banyak lagi yang tak tercerita... Semoga diri ini mendapat berkat mereka walaupun sedikit.. dan mewarisi ilmu-ilmu mereka.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal