11 October 2009

Isu Purdah : Apabila Ulama Dipermainkan Oleh Media



Pagi semalam saya buka email saya di bahagian SPAM. Terkejut juga, rupanya sudah 2 hari isu purdah ini meletup. Saya terlambat dalam mengulas isu ini. Bertalu-talu email yang diterima. Ramai yang ingin ulas, tanpa bermodalkan ilmu dan kefahaman. Akhirnya, kebetulan saya terbuka blog Us Nazrul. Rupa-rupanya dia baru sahaja mengulas isu ini.

Pagi tadi pula, apabila melayari blog Us Hairul, rupa-rupanya dia juga sudah menyiarkan perkara yang sama, yang perlu dibaca oleh kita. Erm, di Malaysia ini, saya tidak dapat bersama mereka dan MANHAL PMRAM untuk memberikan penjelasan yang sewajarnya. Di ruangan ini, saya copy kan semua email yang saya terima, dan saya sertakan dengan ulasan oleh Us Nazrul dan Us Hairul.

----------------------------------------------------


Satu

Sheikh Al Azhar di Mesir berkata bahwa Niqab itu tidak ada kaitan dgn agama, tetapi adalah budaya Arab. Dia malah mau banned pemakaian itu.

Dua

Memang niqab ( kain nipis penutup wajah ) adalah budaya Arab Semenanjung dan Iraq Selatan. Ia tiada kaitan dengan Agama Islam. Walaupun begitu, wanita berhak untuk menutup wajahnya daripada pandangan orang lelaki dan perempuan yang lain. Terpulanglah kepada mereka. Hak wanita wajib dihormati.

Tiga

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."(Riwayat Anas Bin Malik)

Empat

Aku mendapat SMS yang menyuruh aku menulis tentang niqab. Ya, kenyataan Shaikhul Azhar, bahawa menutup wajah atau istilah popularnya berniqab atau berpurdah adalah bukan ajaran Islam. Aduh! Aku terduduk membacanya. Aku tahu khilaf ulama' tentang hukum wajah aurat atau bukan, bahkan di kalangan para sahabah nabi RA pun mereka berbeza pendapat tentang isu ini. Tiba-tiba muncul pula seorang ulama' menyatakan ia bukan ajaran Islam. Ah.. sudah.

Untuk sahabat-sahabatku yang mungkin gusar dan keliru dengan kenyataan Shaikhul Azhar ini, biarkan sahaja kenyataan itu seperti angin. Usah dilayan. Cukuplah dengan pernyataan para ulama' dan penfasiran para sahabat yang membuktikan bahawa pemakaian niqab atau purdah adalah satu syariat Islam, dan buat adat semata-mata.

Aku tidak mahu menulis, cuma aku akan meletakkan link ke beberapa bahan bacaan sebagai pencerahan ke atas fitnah dan tuduhan dusta yang dilemparkan kepada pensyariatan menutup wajah bagi wanita beriman.

Niqab: Anugerah Allah yang dizalimi oleh Ustaz Asri Sobrie
Ringkasan Hujah Yang Menyatakan Wajib dan Tidak Wajib Menutup Wajah - www.4shared. com/file/ 5...d=967660b7
Ebook : Studi Komprehensip Seputar Jilbab - www.ziddu.com/ download. ..K.pdf.html
Dan ini web khusus tentang isu Niqab/Purdah - www.muhajabah. com/niqab- index.htm

Aku menutup posting kali ini dengan satu tulisan aku yang pernah disiarkan di Berita Harian, yang mana bagi aku, serangan ke atas purdah adalah satu bentuk cubaan menghancurkan identiti umat Islam. Aku quotekan semula apa yang aku tulis:

Musuh Islam tidak pernah berputus asa. Tidak semua umat Islam dapat mereka pengaruhi untuk membuka aurat dan membenci hukum menutup aurat. Bagi mereka yang menutup aurat pula, mereka dikelirukan di dalam isu purdah.

Kekeliruan yang muncul ini hingga menyebabkan segelintir umat Islam memandang wanita Islam yang memilih menutup wajah mereka daripada pandangan bukan mahram sebagai sekelompok manusia yang ekstrim dan melampau di dalam mengamalkan ajaran Islam. Umat Islam seolah-olah lupa itulah pakaian isteri Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam.

Para sarjana Islam berbeza pendapat di dalam isu wajah aurat atau tidak. Ia telah dijelaskan secara terperinci oleh Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam kitab beliau Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah. Beliau berpegang bahawa wajah bukan aurat. Manakala untuk membaca hujah sarjana yang mewajibkan pula, bole dilihat di dalam kitab Risalah Al-Hijab susunan Shaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin. Tidak kiralah sama ada kita berpegang wajah aurat atau tidak, wajib atau tidak menutup wajah. Kita hendaklah menerima hakikat bahawa pemakaian purdah menutup wajah adalah antara salah satu perkara yang disyariatkan di dalam Islam.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin menyatakan: "Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahas an para imam ahli sunnah wal jama`ah." (http://drmaza. com/home/ ?p=68)

Umat Islam hendaklah sedar, serangan yang ditujukan kepada tudung dan purdah adalah salah satu cara untuk menghancurkan identiti Islam. Adalah amat malang apabila segelintir wanita Islam masih degil daripada menutup aurat walaupun tiada siapa yang akan membunuhnya seandainya dia menutup aurat di Malaysia. Mendukacitakan lagi, apabila pemakaian purdah di Malaysia masih dipandang sebagai sesuatu yang taboo dan di sesetengah tempat, pemakai purdah dinafikan hak untuk bekerja dan belajar.

Lima

Salam semua,

Bukankah sudah Jelas dinyatakan didalam al-Quran bahawa " Aurat wanita mukmin adalah seluruh anggotanya KECUALI MUKA DAN TELAPAK TANGAN " So kenapa soal niqab ni jadi masaalah? Nak pakai silakan saja...macam orang nak pakai spec hitam ja...tetapi memang tiada Perintah demikian.

Ada bahayanya juga kalau pakai niqab ni, apa lagi kalau warna hitam..takut musuh masuk kita tak kenal...dia bawak bom cam ner tu?

Sorry, guna common sense jer...Ikutlah apa yang dah disebutkan dalam al_Qur'an itu buat apa berlebih-lebihan.

Enam

Mana ada ayat al-Quran sebut wajah bukan aurat. Jangan memandai-mandai. Yang ada ialah penafsiran para sahabat RA ke atas ayat al-quran tentang hijab, di mana para sahabat berbeza pendapat daripada ayat itu apakah wajah aurat atau tidak.

Kalau tidak tahu jangan memandai-mandai, lepas tu menipu dengan menyatakan di dalam al-Quran ada disebutkan hal itu sedangkan hakikatnya tak ada.

Pergi bukak kitab tafsir, kitab feqh, dan perbahasan para ulama tentang aurat wanita, jangan sesuka hati berkata kalau tak tahu. Lepas tu menyesatkan manusia lain hingga akhrnya pakaian yang dipakai oleh isteri-isteri Rasulullah saw dikatakan pakaian golongan yang berlebih-lebihan, ekstrimis dan lain-lain.

Tujuh

Assalamualaikum semua, Kalau demikian saya mohon ampun diatas kesilapan itu kerana saya pun dah lupa buku yang saya baca tu tulisan siapa mungkin juga musuh Islam. Sesiapa yang membacanya hendaklah melupuskannya dari ingatan. Terima kasih yang tak terhingga kerana membetulkan saya. Wassalam,

Lapan

UTUSAN MALAYSIA - KHAMIS,08.10. 2009 - Nik Aziz setuju haram purdah

KOTA BHARU 7 Okt. – Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju langkah Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi yang merancang untuk *mengharamkan pelajar perempuan memakai purdah atas alasan keselamatan* .

Malah beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan, langkah yang serupa tentunya akan dilakukan di negeri ini sekiranya keadaan memaksa.

Beliau berkata, pemakaian purdah menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan pihak tertentu *mengambil kesempatan untuk menyembunyikan identiti* bagi melakukan aktiviti haram.

Katanya, Islam hanya *mewajibkan perempuan* menutup aurat dari kepala sehingga ke kaki tetapi *tidak termasuk muka*.

“Saya sudah lama sebut bahawa Islam hanya minta perempuan tutup aurat dan saya *tak pernah sebut tutup aurat tutup muka*, macam kita sembahyang, pakai telekung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

NI BUKTI LINK..KORANG BLEH KLIK:- http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt= 1008&pub= Utusan_Malaysia& sec=Dalam_ Negeri&pg= dn_21.htm

Sembilan

sebab itulah ketentuan Allah SWT membuat undang-undangNya yang manusia
tidak mengetahui apa yang DIA ketahui.

Contoh makan tadi ler terpaksa ke buka bila nak suap makan. ada yang
tertulis dalam quran dan hadith aurat perempuan termasuk muka dan
tingalkan 2 mata berkelip ke sebagai bukan aurat.

saya lihat disini semua setuju akan pengharaman niqab ni sebab banyak
faktor yang menyebabkan rosaknya ISLAM.

entahla..... aku bukan nak komen orang pakai niqab ke tidak....asalkan bertutup aurat cukuplah.... Laa Tafrid wa laa Taqriid... cuma masa aku di Akademi Islam UM dulu aku tanya kawan2 aku (muslimat) yang pakai niqab...kenape pakai niqab? mereka jawab: wajib dan menjaga syari'at.... bukan mahram x leh tengok wajah mereka.... aku pun akur dengan jawapan mereka...... tapi yang peliknya.... time gi makan pagi / tengaharikat kafe Akademi, diorang boleh bukak niqab tu untuk menyuap makanan..... kenape tak makan di umah / asrama sahaja? nanti lelaki buk an muhrim tengok kan dah jadi bedosa???? Tapi aku yakin ada khilaf ulama' hal2 Niqab nie.....harap ulama' tu buat larangan atas sebab2 yang tertentu.... . Islam itu mudah n jangan menyusahkan. ...

Sepuluh

Salam alaik, Apa yang diperkatakan oleh Sheikh Tantawi, Sheikh Qardhawi, Tuan Guru Nik Aziz dan Dr Maza, telah mengesahkan apa yang saya perkatakan lebih awal lagi. Mereka lebih bijak dalam hal agama dari kita semua.

Sebelas

Assalammualaikum. .. Maklumat yang saudari berikan ada kebenarannya. . bagi saya tidak salah jika hendak berpurdah... lagi terjamin keselamatan, kebersihan(jangkita n penyakit yg merebak melalui udara) dan jika khuatir wajah boleh memikat lelaki lain (ada daya penarik). Memandangkan pandangan lelaki adalah berbeza terhadap wanita. Ada yang lihat bibir boleh terpikat... kadang2 mata pun boleh terpikat...jadi bagi para isteri yang ingin berpurdah tidak ada salahnya.. terpulang kepada masing2.. ikut keselesaan.. asalkan menutup aurat...

Ini adalah pendapat saya semata-mata .... Islam itu mudah....

Dua Belas

Dalam bahasa ringkas yang ada 2 makna iaitu 'tak payah'

dalam satu majlis agama, ustaz menyebut perkara berikut :-

"Kita sembahyang tak payah"
"Kita berpuasa tak payah"
"kita dan.... tak payah semuanya"

Bagi mereka yang mendengarnya ikut semua tidak perlu ikut selagi kita berstatus islam. "tak payah" atau bahasa kelate "tok payoh" ada maksud tidak susah dilakukan atau tidak perlu dilakukan mengikut keadaan soalan yang diutarakan.

dalam majlis tersebut ramai orang keliru kerana ustaz tidak mentafsirkan secara dalam apa yang dimaksudkan itu.

Perkara ini juga berlaku tentang perkara purdah yang mana ada mengatakan wajib keseluruhan muka adalah aurat dan perlu ditutup. Jumhur mengatakan perkara aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan dan ini adalah perkara yang mungkin akan berlaku daripada bijak pandai agama yang memutarbelitkan fakta sepertimana pada ahli kitab mengubah injil yang sekarang ini dianuti kristian. Nauzubillah.

Kita harus sedar bahawa quran dan hadith telah berkata demikian dan kena kita harus menegak benang yang basah? Telah disenaraikan perkara sunnah dan jika ia dilakukan maka kita akan mendapat pahala sunnah tersebut dan sebaliknya.

Dunia semakin kiamat dengan adanya perbahasan yang menguji KeEsaan Allah SWT. dan DIA telah berkata bahawa diakhir dunia akan berlakunya pertelagahan sesama saudara islam sehingga mendatangkan kehancuran kepada sesuatu kaum.

oleh itu, sila fikir sejenak kenapa manusia seperti kita sering tidak berpuas hati akan KALAMULLAH? Siapakah disebaliknya?

----------------------------------------------------

Ulasan dari blog "nazrulnasir.blogspot.com"

Isu Purdah... Pembaca Jangan Cepat Melatah Bila Akhbar Picisan Mencuit ....

Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

“ Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.”

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.

Saya juga ada menulis tentang hukum memakai niqab pada keluaran yang lalu. Sila lihat :

Perbahasan Niqab dan Hukum Pemakaiannya

Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.

**********

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah Hayyu 10,
Keherah Mesir

------------------------------------------------------

Ulasan dari blog "hairulnizammathusain.blogspot.com"

Syeikh al-Azhar Dan Niqab??

Bising pasal isu al-Imam al-Akbar Al-Syeikh Sayyid al-Tantawi berhubung larangan memakai niqab (purdah). Khutbah di Majid al-Walidayn, Hayyu Asyir Kaherah juga membincangkan isu ini dengan menekankan agar umat Islam tidak cepat menghukum al-Syeikh Sayyid al-Tantawi semata-mata kerana hebahan media memandangkan banyak putar belit media dalam sebarang isu berkenaan dengan ulama besar ini. Saya sendiri sedang mengumpul maklumat terperinci untuk dibuat satu pendirian MANHAL PMRAM dalam isu ini.

Saya paparkan kepada saudara pembaca berkenaan dengan pendirian Dar al-Ifta al-Misriyyah (Jabatan Fatwa Kebangsaan Mesir) berkenaan dengan isu Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang tidak membenarkan para mahasiswi Malaysia memakai purdah di dalam premis kedutaan.

Semoga bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal