22 October 2009

Kami Juga Punya Hati


Ketika memegang jawatan sebagai Yang Dipertua KPIPM sesi 2008/2009, terdapat beberapa tuduhan menimpa saya, dan KPIPM umumnya. Exco-exco dituduh menghalang ahli daripada kelas pengajian, tenaga pengajar hendaklah dari kalangan orang tertentu sahaja.. Exco malas mengaji.. dan sebagainya.

Tetapi apabila difikirkan semula, orang yang membuat tuduhan tersebut bukanlah hebat manapun. Kami dituduh salah menggunakan kaedah fiqh dalam menggariskan sesuatu etika, tetapi apabila ditanya, ”tang mana yang salah tu?”.. sampai hari ini belum ada jawapan.

Kami juga dituduh ngaji tak habis kitab.. dan tak pergi talaqqi. Entahlah.. saya pun tak tahu sebab mereka menuduh sedemikian. Kenapa mereka menuduh sedemikian? Tak tahulah. Tak da modal lain kut.. Cuma, di dalam artikel ringkas ini, bukanlah tujuan saya untuk memburukkan sesiapa, atau mengungkit kisah lama, tetapi ingin mengaitkan kita dengan ulama’.

Saya terkejut juga, kerana di dalam ruangan shoutbox blog Kutub Sittah, terdapat seorang hamba Allah yang mengaku sebagai salah seorang peserta, ”menegur” kerana Adhoc Program tidak pantas menyediakan air. Macam lawak pun ada.

Imam Bukhari bukan macam ni syeikh.. kita dok baca Shahih Bukhari, dengan masyaikh Azhar.. tapi kita pulak yang manja sangat.

Kembali kepada tuduhan tadi. Secara mudahnya, ahli KPIPM pun ahli, dan exco pun ahli. Masing-masing ada peranan. Kalau nak menyalah exco malas mengaji, kenapa ahli-ahli yang beratus lagi tidak dikatakan demikian? Bertambah pelik apabila ia sengajar disuarakan di dalam mesyuarat agung. Kenapa mesti mesyuarat agung? Simpan sampai setahun baru nak tegur? Kawan serumah tak pernah pergi kuliah, tak bising pulak.

Apa-apapun, inilah kenangan. Saya tidak memburukkan sesiapa. Sekadar pengajaran. Apabila nampak cacat cela, segera ditunding kepada exco. Badan Pengurus PMRAM pun kena sama. Adhoc Program tadi pun tak pasal-pasal kena. Sudahlah jadi adhoc ni tak bergaji.. tetiba pulak kita yang dijadikan kuli.

Jadi YDP pun takda gaji.. lagi habis duit ada lah.. Masa pun habis.. Tetapi kenapa mereka ini yang menjadi sasaran untuk dibidas? Tak terfikirkah kita untuk membantu mereka? Sebelum ini Badan Pengurus PMRAM kerap juga dikatakan tidak turun menziarahi ahli. Exco KPIPM pun kena sama. Tapi, pernahkah kome terlintas nak ziarah rumah aku? Pernahkah terfikir hendak ziarah Pejabat PMRAM? Setahun sekali pun jarang..

Sekadar inilah luahan ringkas daripada hati kecil ini.. Kita dok fikir hati kita je.. hati orang lain yang dah bersusah payah untuk kita.. buat dono je. Sama-sama muhasabah.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal