26 October 2009

Kem Remaja Luqman - Terima Kasih Kepada Semua


Berita daripada kpipm64.blogspot.com - LENGGONG, 18 OKT – Seramai 72 orang remaja berusia antara 16 hingga 30 tahun dari sekitar daerah Grik dan Pengkalan Hulu telah menyertai Kem Remaja LUQMAN.Program anjuran bersama Pejabat Pentadbiran Agama Daerah Pengkalan Hulu dan Grik dan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam bertempat di Nur Lembah Lenggong.

Objektif kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada remaja tentang halatuju hidup dan membina jatidiri serta mendekatkan remaja kepada cara hidup yang lebih harmoni berlandaskan ajaran islam.Disamping itu kem ini adalah bertujuan membetulkan amalan ibadah dan membentuk akhlak harian remaja.Kem ini juga dapat menyemai rasa kasih dan mesra sesame rakan-rakan sekeliling.

Majlis perasmian telah bermula pada pukul 4.30 petang setelah ketibaan para peserta dan Pegawai Agama.Dan telah disempurnakan oleh A.F.Us Joshuade Reza bin Mohd Zaini yang merupakan Pegawai Tadbir Agama Pengkalan Hulu dan dipengerusikan oleh Us. Zulhafeez bin Ahmad Zahidi.

Pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat sepanjang program telah disusun oleh pihak pelaksana Kem Remaja LUQMAN.Antara pengisian yang telah dilaksanakan ialah talk show ”We must be like Him(Rasulullah), kursus ibadah dan forum perdana bertajuk “Hubungna kekeluargaan dalam pembentukan Masyarakat” yang disampaikan oleh dua panel hebat Us. Ahmad Munawir bin Salehuddin dan Us. Mujahid Mohd Fadzil. Forum Perdana ini telah dijalankan di Masjid Jamek Lenggong dan dibuka kepada orang ramai. Terdapat juga aktiviti riadah atau outdoor yang mencuri tumpuan iaitu Flying Fox.

Kem Remaja LUQMAN telah berakhir pada 18 oktober setelah 3 hari berprogram. Majlis perasmian penutup diserikan dengan ucapan daripada Pegawai Tadbir Agama Grik A.F.Us Azhar bin Ahmad,dan telah disempurnakan oleh ucapan Pengarah JAIPk, Dato Syeikh Mohd Nor Mansur al Hafiz dan gimik perasmian. Disamping itu Pengarah JAIPk juga telah sudi menyampaikan sijil, cenderahati, dan hadiah kepada para peserta.

Pihak KPIPM tidak ketinggalan untuk menghadiahkan cenderamata kenang-kenangan kepada Pejabat Agama Daerah Grik dan Pengkalan Hulu. Majlis penyerahan cenderamata tersebut telah disempurnakan oleh Us Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil, Pengerusi Penasihat KPIPM, diiringi oleh Ustaz Meor Shahrizan bin Mohd Rethuan, Timbalan Pengarah 1 Kem Remaja Luqman.

Setelah majlis selesai, para peserta dan adhoc pelaksana telah merakamkan gambar kenangan bersama Pengarah JAIPk dan kesemua pegawai agama yang terlibat. Majlis juga diakhiri dengan jamuan hari raya aidilfitri dan makan tengahari dan tamat pada pukul 2.00 petang.

--------------------------------------------------------------

p/s : Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli KPIPM yang terlibat dalam menjayakan program ini. - Muhammad Mujahid

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal