07 February 2010

Siapa Nak Sambung Kelas Tutorial Selepas Imtihan?

Teringat satu ketika dahulu, ketika mengaji kitab Audhoh Masalik dengan Ustaz Zuber Kedah. Audhoh Masalik adalah kitab Nahu yang menjadi muqarrar bagi Kuliah Lughah.. Apabila melihat kepentingan pengajian tersebut, saya menghadirinya walaupun saya ini kuliah Usuluddin..

Setelah berminggu-minggu mengaji, tak habis-habis lagi silibus tersebut. Lalu katanya.. “takpa, kalau tak dan perabih, kita sambung lepas periksa pulak..”

Amacam?

Berapa ramai yang buka semula kitab tahun 1 mereka? Saya mengharapkan supaya ramai yang berbuat demikian. Tanpa kita sedari, hakikatnya kitab kuliah kita adalah kitab yang paling kita “masyi”. Tapi, kita buat-buat tak sedar.

Tanpa kita sedari, kitab kuliah adalah kitab yang paling sesuai untuk kita.. Sedangkan ramai yang beli kitab berjilid-jilid, sepatutnya dia lebih cair dengan kitab kuliahnya.

Tanpa kita sedari, pengajian di kuliah lah yang paling penting dan paling sesuai dengan kita.. Dan pengajian luar diperlukan sebagai tambahan.. Malangnya, berapa ramai yang rajin ngaji?

Masing-masing punya pandangan.. WaLlahua’lam.. Semoga tujuan kita sama, iaitu menjadi “ulama”.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal