06 June 2010

Berita 9.07 pm : 6000 Orang Berdemo Di Tel Aviv

Sumber : Mini Pavilion

09.07 malam, Mesir/Palestin : Menurut web berita safa.ps melaporkan 6000 orang mengadakan tunjuk perasaan jalanan di Tel-Aviv, Israel bagi menutuk serangan ke atas armada pembebasan.

7.55 malam, Mesir/Palestin : Menurut sumber dari web berita safa.ps melaporkan bahawa satu pertempuran telah berlaku antara penduduk Baitul Maqdis(Palestin, penduduk asal) dengan tentera penjajah(Israel)di pintu masuk ke Kota Kecil Isawiyah di Al-Quds, Tebing Barat.

06.50 petang, Mesir/Palestin : Sumber dari Gaza memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Mesir membantah permintaan dari Kesatuan Perubatan Arab Kaherah yang mahu memasukkan bekalan-bekalan ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.

Munir Al-Birsh, wakil dari Kesatuan tersebut yang menyampaikan hal tersebut kepada agensi berita berkata, 'Pihak Berkuasa Mesir telah membantah permintaan yang dikemukakan bagi membawa masuk 400 tan bantuan makanan dan bahan binaan seperti simen'.

Pembukaan sempadan Rafah Mesir adalah perintah rasmi dari Presiden Mesir, Housni Mubarak setelah dunia bangkit menghentam tindakan penjajah yang menyerang armada pembebasan. Menurut sumber, sempadan Rafah dibuka setiap hari dari dua arah Mesir-Gaza sehinggalah ditetapkan penutupan semula sempadan itu secara rasmi. - Sila lihat bawah

Jelas Al-Birsh, 'Ketetapan rasmi membuka sempadan Rafah Mesir adalah bermakna bagi membolehkan kemasukan bantuan-bantuan ke Gaza, namun Pihak Berkuasa Mesir tetap menghalang bantuan-bantuan dari dibawa masuk ke Gaza, terutamanya simen dan bahan binaan yang lain'.

Pihak Berkuasa Mesir juga tidak membenarkan kemasukan janakuasa elektrik meskipun sempadan telah dibuka secara rasmi. Berikutan itu, tidak ada perkembangan yang lebih baik di sempadan Rafah apabila bantuan-bantuan seperti itu tidak dibenarkan masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir. Sumber web berita safa.ps


Fakta sempadan:

> Sempadan Rafah Mesir-Gaza hanya dikhususkan untuk laluan pesakit-pesakit Palestin, laluan keluar masuk/pulang penduduk Palestin dari Gaza ke Mesir dan ada dibenarkan bantuan perubatan mengikut sesetengah kes.

> Sempadan Gaza-Israel(lintasan):

1) Sempadan Erez(Israel) - utara Bet Hanoun, Gaza : Penduduk Palestin tidak dibenarkan keluar masuk melalui sempadan ini. Dalam sesetengah kes, hanya urusan rasmi dibenarkan.

2) Sempadan Shujaiyah : Kemasukan bahan-bahan mentah untuk pengaliran tenaga, solar dan sebagainya.

3) Sempadan Al-Mintar(Karni) : Kemasukan bahan dan bekalan makanan.

4) Sempadan Al-Qararah : Kerap kali sempadan ini digunakan oleh penjajah untuk menceroboh Gaza dari arah pertengahan Semenanjung Gaza.

5) Sempadan Al-Audah : Keluar/masuk barang-barang perdagangan.

6) Sempadan Karem Abu Salem : Dikhususkan untuk kemasukan bekalan makanan, bantuan perubatan, dan seumpamanya, namun tertakluk kepada pemusatan kuasa dari Mesir dan Israel. Arkib maklumat(kemaskini 01 Jun 2010, Berita Al-Jazeerah)

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal