06 January 2011

Kelahiran Sepasang Kembar Pada Pagi 28 Muharam

Tanggal 28 Muharam 1432, bersamaan 3 Januari 2011.. saya dan isteri telah dikurniakan pasangan kembar lelaki dan perempuan pada jam 5.30 pagi, di Hospital Taufiqiyah. Pada jam tersebut, iqamat Subuh sedang dilaungkan di Masjid berhampiran. Berat si abang sebanyak 3 kg lebih. Manakala si adik 1.5 kg.

Keesokan harinya, saya bersama Us Hairul Nizam (jiran sebelah rumah) pergi membuat urusan Surat Beranak kedua-duanya, dan pagi itu mereka berdua diberi nama Muhammad Taufiq bin Muhammad Mujahid dan Nur Hidayatina binti Muhammad Mujahid, hasil cadangan daripada abah saya.


Taufiq ketika berumur satu hari

Taufiq ketika berumur 2 hari

Taufiq ketika berumur 2 hari

Taufiq ketika berumur 2 hari

Taufiq ketika berumur 2 hari


Pada hari pertama, setelah dilahirkan pada jam 5.30 pagi... adik perempuan yang bernama Nur Hidayatina didapati mengalami masalah kurang berat badan. Pada mulanya Doktor mengatakan "takda masalah". Tetapi setelah beberapa jam berlalu, suhu badan Nur Hidayatina sejuk sikit. Setelah diperiksa oleh Doktor, Doktor mencadangkan supaya Nur Hidayatina diletakkan di dalam Incubator.

Ketika Azan Zohor, saya bersama Doktor membawa Nur Hidayatina di sebuah tempat berhampiran Madrasah Manhal, untuk ditempatkan di dalam Incubator. Keesokan harinya, 4 Januari, setelah membuat urusan Surat Beranak, saya bersama jiran, Us Hairul Nizam pergi ke sana untuk melihat perkembangan. Semalam, 5 Januari, sekali lagi saya pergi ke sana untuk melihat perkembangan.


Nur Hidayatina ditempatkan di Incubator yang hujung sekali. Tak dibenarkan masuk melebihi garisan. Jadi, saya tangkap gambar dari jauh.

Alhamdulillah, saya meminta supaya Doktor yang tangkapkan gambar tersebut secara dekat.


Berita dari web HEWI PMRAM (link)

KAHERAH, 3 Jan - Lembaran baru awal tahun ini menyaksikan kelahiran sepasang bayi kembar kepada pasangan Saudara Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil dan Saudari Syahidatul Akmal binti Mohd Dahalan.

Sepasang cahaya mata, putera dan puteri ini selamat dilahirkan kira-kira jam 5.30 pagi tadi di Hospital Taufiqiyyah melalui proses pembedahan.

Pasangan suami isteri bertuah ini dikurniakan bayi lelaki seberat 3 kg lebih. Manakala bayi perempuan pula 1.5kg. Disebabkan faktor kekurangan berat badan, bayi perempuan tersebut terpaksa ditempatkan di dalam incubator buat sementara waktu.

Beberapa wakil HEWI PMRAM turut berkesempatan menziarahi dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran sepasang bayi kembar ini.

4 comments:

Ibnu Ir Fadzil on January 6, 2011 at 3:17 PM said...

Baru sekejap tadi, Doktor menghubungi saya.. katenye.. Nur Hidayatina perlulakn lagi 6 hari di sana.. Setakat ni dah 3 hari berada di sana, peningkatan berat badan sebanyak 100 gm. Perlu tingkatkan berat badan dari 1.5 kg kepada 1.8 kg. Perlukan lagi 6 hari untuk lengkapkan 300 gm. Doakan ye

Unknown on January 6, 2011 at 3:18 PM said...

Assalamu'alaikum wbt, tahniah us mujahid dan zaujah.. smoga taufiq dan hidayatina akn menjadi pemimpin org yg bertaqwa insyaAllah dan smg kalian sekeluarga snts dirahmati Allah swt, ameeen.

Daripada: Muhammad Abdul Rahim b. Kamarul Zaman dan Alia bt. Abdul Rashid

Unknown on January 6, 2011 at 3:19 PM said...

Syafahallah utk adik Nur Hidayatina, ameeeen.

Al-Mujahidah fi To'atillah on January 6, 2011 at 6:57 PM said...

Alfun Mabruk buat ustaz Mujahid dan isteri atas kelahiran cahaya mata...Tumpang gembira...:-) Moga kalian berjaya menjadi ibu bapa mithali, dan anak2 berjaya dididik menjadi anak yg soleh dan solehah... Semoga Allah memberi kesihatan yang sempurna, rahmat, dan kasih sayangNya buat enta sekeluarga...

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal