12 January 2011

Pasangan Kembar Sudah Bertemu, Alhamdulillah

Alhamdulillah, ini sahaja yang mampu diucapkan. Jam 9.20 malam tadi, Ustaz Zulhafez (bakal BP) dan Ustaz Firdaus Aznan "diminta" oleh saya untuk datang ke rumah. Tujuannya ialah untuk menemani saya dan isteri, untuk membawa balik Nur Hidayatina binti Muhammad Mujahid, setelah 10 hari berada di dalam Incubator.

Kami bertolak dalam jam 9.35 malam. Di rumah, 2 orang Ustazah telah dijadualkan oleh pihak KPIPM untuk menjaga. Saya dan isteri meninggalkan Taufiq dijaga oleh mereka berdua sebentar.

Setelah tiba di sana, dan berbincang dengan pihak klinik, akhirnya Nur Hidayatina dapat dikeluarkan dengan mudah.. Tiba di rumah jam 10 malam tadi. Setibanya Nur Hidayatina, tiba-tiba Muhammad Taufiq senyum.. "Eh, bila masa pulak dia pandai senyum.. biasanya time tidur je senyum sorang-sorang". Akhirnya si Abang dapat bertemu si adiknya..

Setelah itu, saya mentahnikkannya, diberi minum air zamzam dan dibacakan al Quran bermula dari pertengahan Surah Kahfi (sambungan bacaan harian) sehinggalah akhir Surah Maryam.

Di bawah ini, ada beberapa keping gambar yang sempat ditangkap. Minta maaf, hanya kamera hanset je.. (berat 1.7 kg)..








2 comments:

dabei on January 14, 2011 at 12:44 AM said...

Alfu mubarak alaykum

Atiqah Abdullah on January 14, 2011 at 11:17 AM said...

Assalamualaikum..kagum sangat melihat pasangan kembar.Subhanallah!Mereka berkongsi sejak di alam rahim lagi.Namun tetap mempunyai identiti masing-masing :)
Tahniah atas kelahiran kedua permata hati ini.Mesti ada keturunan kembar kan?sama ada ustaz atau zaujah?
masih kagum..Allah!
<di tanta,ada 4 atau lebih pasangan kembar.Walaupun sudah besar,tapi masih nampak comel :D huhu..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal