21 July 2010

Jadikan PESAT Sebagai Medium Utama Untuk Berjiwa Besar Bersama PMRAM

KAHERAH, 16 Julai - Pusat Sumber Tenaga (PESAT) PMRAM merupakan satu unit khusus di bawah kelolaan Lajnah Perancang Dan Panitia PMRAM dalam mengumpulkan tenaga kerja dan membentuk ke arah aktivis Islam.

Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menyifatkan bahawa PESAT merupakan kilang utama dalam memastikan ahli PMRAM menjadi ke arah aktivis Islam yang mampu bekerja mengikut posisi masing-masing. Bahkan beliau yang merupakan penasihat bagi PESAT sangat menekankan objektif utama penubuhan PESAT terlaksana iaitu mengumpulkan tenaga kerja dan menjadikan seperti unit amal yang mampu menghulurkan tenaga pada bila-bila masa.

" Antara kebajikan PMRAM selain berbentuk kewangan ialah proses pengalaman dalam bekerja di dalam unit atau program PMRAM. Inilah salah satu bentuk kebajikan yang PMRAM salurkan kepada ahli melalui PESAT iaitu pengalaman dan kemahiran dalam bekerja. Justeru, kita di Mesir dalam masa yang singkat ini, kemahiran yang perlu diperolehi oleh para ahli ialah pengalaman melalui tugasan yang akan membentuk kemahiran yang berguna apabila pulang ke tanah air kelak." - komen beliau ketika diminta pandangan mengenai fungsi PESAT.

" Kita juga berharap isu kekurangan tenaga pelaksana akan dapat dikurangi pada tahun ini melahirkan dan melatih lebih ramai aktivis di kalangan ahli. Dan kita menyeru agar semua ahli menjadikan PESAT sebagai medium utama untuk berjiwa besar bersama-sama dengan PMRAM." - tambah beliau lagi.

Selain itu, Pengarah PESAT, Saudara Hafiz Abdul Aziz menegaskan bahawa PESAT pada tahun ini begitu optimis dalam memberikan laluan kepada ahli untuk menimba pengalaman sama ada di dalam unit atau program PMRAM. Bahkan bagi sesi ini, beliau menjelaskan bahawa di borang PESAT akan tertera unit-unit di PMRAM dan fungsi unit-unit tersebut bagi memudahkan ahli yang mendaftar memilih unit berdasarkan minat dan kemahiran mereka.

" Insya-Allah di peringkat PESAT kami sangat mengalu-alukan kepada mereka yang masih belum berdaftar untuk menjadi ahli PESAT. Bagi mereka yang telah berdaftar namun masih belum dihubungi untuk diminta bekerja, bolehlah terus merujuk kepada kami. " - jelas beliau yang merupakan Pengarah PESAT bagi sesi 2010.

Untuk sebarang makluman lanjut bolehlah terus menghubungi Pengarah PESAT, Saudara Hafiz Abdul Aziz di talian +20115042860. Bagi akhwat boleh terus menghubungi Timbalan Pengarah II PESAT, Saudari Sahilah Mad Isa di talian +20113265921.

sumber

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal