04 July 2010

Lengan Tercabut Di Tengah-tengah Jalanraya

LONDON: Polis semalam melancarkan operasi besar-besaran selepas seorang awam membuat laporan menemui lengan berlumuran darah.

Beribu-ribu pemandu terkandas apabila polis menutup sebuah jalan raya utama di Manchester untuk mencari anggota tubuh itu.

Bagaimanapun, kejadian itu yang membabitkan penggunaan helikopter dan anjing polis, hanya satu gurauan - lengan plastik daripada sebuah kedai pakaian.

Polis berkata, ia mungkin dicampakkan dari sebuah lori atau kereta.

Inspektor Tom Keaton dari Jabatan Siasatan Jenayah Knowsley berkata: “Ia dianggap siasatan besar yang menggabungkan sumber yang begitu banyak dan memberi kesan terhadap semua tindakan kepolisian Knowsley.

“Kami tidak pasti bagaimana lengan plastik ini boleh berada di tengah jalan raya, sama ada ia sengaja diletakkan atau jatuh daripada kenderaaan.

“Polis menggunakan begitu banyak sumber untuk menyiasat kejadian ini dan bukan setakat membabitkan wang dan masa, malah ia juga menyebabkan kesesakan jalan raya dan mengecewakan pemandu yang melihat tangan plastik itu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana kesabaran mereka,” katanya. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal