21 July 2010

Sambutan Isra' Mi'raj PMRAM Tetap Dirasai


KAHERAH, 17 Julai 2010 – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah menganjurkan Muhadharah Ilmiah sempena Isra’ Mi’raj 1431 H yang disampaikan oleh Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Abdullah Kamil bertempat di Dataran Haiyu ‘Asyir.

Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam dengan solat maghrib dan hajat berjemaah turut dihadiri oleh Fadhilatus Syeikh Jamal Faruq dan Fadhilatus Syeikh Muhyiddin Al-Isnawi (anak murid Al-Marhum Syeikh Zaki Ibrahim).

Namun majlis ini diteruskan dengan kehadiran Fadhilatus Syeikh Abdullah Ahmad Al-Bayti yang menggantikan Fadhilatus Syeikh Umar Abdullah Kamil yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

Majlis yang turut diserikan dengan bacaan burdah ini dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran mengikut Qiraat yang disampaikan oleh salah seorang pelajar Maahad Shoubra.

Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime menyampaikan ucapan aluan pada malam tersebut menyatakan rasa syukur kerana dapat mengadakan muhadharah ilmiah yang diharapkan mampu mendatangkan manfaat kepada semua hadirin.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada taakhi yang terlibat dalam menjayakan program ini iaitu BKAN Terengganu, Perak dan Perlis.

Pengajian yang dihadiri seramai lebih 300 orang ini dihidangkan dengan muhadharah sempena Isra’ Mi’raj 1431 H yang disampaikan oleh Fadhilatus Syeikh Abdullah Ahmad Al-Bayti.

Walaupun beliau tidak dapat bersama lama di dalam majlis tersebut, tetapi beliau sempat menghubungi Fadhilatus Syeikh Umar yang menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada para hadirin melalui telefon.

Pengajian ini diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Fadhilatus Syeikh Jamal Faruq yang menceritakan tentang kelebihan peristiwa Isra’ Mi’raj yang berlaku kepada baginda Nabi S.A.W. serta kesannya yang perlu dihayati oleh umat Islam.

Majlis yang tamat pada jam 11.00 malam ini diakhiri dengan solat Isya’ berjemaah.

sumber

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal