14 July 2010

PMRAM Bantu Selesai Kes Pergaduhan Di Haiyu Asyir

KAHERAH, 10 Julai - Satu kes pergaduhan yang melibatkan warga tempatan telah berlaku di kawasan Dataran Haiyu Asyir. Kejadian tersebut tercetus ekoran seorang pekerja kontraktor Manyalawi cuba meleraikan konflik antara seorang mahasiswa Malaysia dengan seorang warga Mesir.

Kesannya, sekumpulan warga tempatan yang tidak dikenali datang untuk menyerang pekerja kontaktor tersebut. Mereka yang bersenjatakan parang dan besi panjang secara tiba-tiba memukul dan memecahkan pintu gerbang Rumah Kedah.

Kejadian tersebut disaksikan oleh kebanyakan mahasiswa Malaysia yang sedang bermain bola di kawasan dataran menyebabkan mereka tergamam seketika. Beberapa orang Badan Pengurus PMRAM di ketuai oleh Presiden Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime datang ke tempat kejadian untuk melihat keadaan yang berlaku. Turut hadir sama Pegawai Kebajikan Anak Kedah Timur Tengah Sheikh Yusof bin Ahmad.

Kata salah seorang saksi yang tidak mahu dikenali, "Dah banyak kali pergaduhan antara warga tempatan berlaku di dataran ni. Kelmarin ada juga pergaduhan yang berlaku antara orang arab di sini. Pelajar Malaysia di Haiyu Asyir ni pun dah makin takut dengan keadaan suasana sekarang ni".

Kes pergaduhan ini telah dilaporkan kepada Pihak Keselamatan Mesir di Qisim Syurthoh Madinah Nasr.Turut bersama Pegawai Kedah membuat laporan polis ialah Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan PMRAM Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien.

Beliau yang juga merupakan saksi kejadian menyifatkan bahawa pergaduhan ini akibat rasa dendam dan tidak puas hati sesama warga tempatan. Semua mahasiswa Malaysia disarankan agar lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan yang melibatkan warga Mesir.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal