16 July 2010

Rasuah Ancaman Utama Berbanding Perkauman

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Tinjauan Merdeka Center pada Januari hingga April tahun ini mendapati anak muda tidak lagi menganggap tuntutan hak kaum-kaum lain sebagai ancaman utama pada kehidupan mereka.

Sebaliknya, daripada 3,141 responden berusia 19 tahun dan ke atas, 70 peratus bersetuju bahawa budaya rasuah di kalangan pemimpin adalah ancaman utama pada kedudukan Melayu.

Pun begitu, 59 peratus remaja Melayu dan Bumiputera berpendapat bahawa Melayu/Bumiputera wajar terus diberikan hak keistimewaan dalam negara.

Mungkin disebabkan tanggapan demikian, sebanyak 46 peratus responden di kalangan bukan Melayu-Bumiputera pula menganggap bahawa gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai agenda politik untuk memujuk hati pengundi bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Lebih menarik, analisis Merdeka Center mendapati kesedaran politik di kalangan anak muda tidak lagi meletakkan keyakinan yang kuat pada kerajaan sedia ada.

Malah, dilaporkan mereka turut tidak bersetuju bahawa Melayu-Bumiputera harus disatukan di bawah Umno.

Sebaliknya, menurut analisis tersebut, perpaduan Melayu-Bumiputera lebih wajar diberikan pada pihak lain.

Rumusan serta analisis penuh berhubung Tinjauan Nilai Politik Rakyat Malaysia terbaru yang didedahkan Selasa lalu boleh dimuat turut dari sesawang rasmi Merdeka Center, http://www.merdeka.org.

Sama ada, tinjauan terbaru itu boleh menjadi isyarat bahawa pengundi muda menolak Umno BN pada PRU13 kelak, tidak pula diperjelaskan oleh institut kajian pendapat tersebut.

1 comments:

Aisyah Khadijah on July 19, 2010 at 9:02 PM said...

salam.. ustaz, nak tanya,
betul ke dosa rasuah lebih besar daripada dosa zina??

syukran jazeelan

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal