27 July 2010

Apa Cerita? Macam-macam Isu Pelik Di Mesir...

Sudah 3 hari tidak mengupdate blog ini. Macam-macam ujian diberikan kepadaku.. Laptop diserang virus, broadband bermasalah, masa yang menghimpit dan sebagainya. Suka untuk berkongsi beberapa isu kebelakangan ini.

Antara yang paling menarik ialah, Seminar Politik Islam anjuran BKAN Selangor.. tidak dapat diadakan di ARMA kerana tidak diizinkan oleh JPMK. Entah atas dasar apa.. Sedangkan Selangor adalah BKAN yang berdaftar dengan JPMK.. Pelik, pelik.

Isu di BKAN Perak pulak, agak pelik. Mungkin anda perlu nantikan post seterusnya.. Setakat ini, macam-macam "kejadian" pelik yang berlaku di dunia Perak Mesir. Entahlah dari mana datangnya unsur pelik tersebut.

Pada 24 Julai, 9 pagi, saya telah mendaurah Kitab Hakikat Tauhid di Rumah Melaka.. Pada sebelah petangnya, saya mempengerusikan mesyuarat Jabatan Fasilitator PMRAM di Rumah Perak. Pada sebelah malamnya, saya mempengerusikan Mesyuarat Unit Bait Muslim Perak..

Pada 25 Julai, Daurah di Rumah Melaka disambung pada jam 2 petang.. Pada sebelah malamnya, memberi pengisian di Rumah Kelantan, dengan tajuk Skill Dakwah Non Muslim anjuran taakhi PMRAM Zon B. Pada malam tersebut, sempat menghadiri Walimatul Urus Ustaz Ismail Nardin di Rumah Perak.

Pada 26 Julai (semalam), saya menghadiri Liqo Ketua dan Timbalan Unit di bawah PMRAM, di bawah nama "Himpunan Aktivis PMRAM".. Malam semalam? Malam tadi, diadakan Forum di Dataran Hayyu Asyir dan di Rumah Perak pula diadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi Perak.

Tidak ingin untuk mengulas tentang Majlis Ramah Mesra tersebut.. Kenapalah program Delegasi ini seperti disembunyikan daripada AJKT? Tidak dimaklumkan dengan jelas.. main gitu-gitu je.. Dalam masa yang sama, asyik dok minta kerjasama.. Tapi buat program belakang-belakang. Entahlah kenapa.

- Ibnu Ir Fadzil

2 comments:

manusia on July 31, 2010 at 10:21 AM said...
This comment has been removed by the author.
manusia on July 31, 2010 at 10:30 AM said...

yg ni pelik gak..
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gurusilatpaksapelajarnikah/Article
siapa Mohd Firdaus Mohd Fuzi, 27, pelajar Jurusan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar..
kesian..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal