23 July 2010

Seorang Akhawat Kita Meninggal Dunia Di Malaysia, Inna liLlah

Semalam, di Rumah Perak telah diadakan Majlis Bacaan Yasin.. antara yang diniatkan ialah mensedekahkan kepada Allahyarhamha Ustazah Faizah Mansor.. Beliau adalah salah seorang ahli KPIPM dan juga ahli PMRAM.

Beliau adalah mahasiswi tahun 1, Mansurah.. telah pulang ke Malaysia tahun lepas dan terpaksa tidak meneruskan pengajian..

Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Julai (semalam) jam 3 pagi waktu Malaysia. Beliau dikatakan meninggal dunia disebabkan jangkitan pada paru-paru.

Beliau telah berkahwin dengan Shahir bin Hassan dan melahirkan seorang cahaya mata yang diberi nama Loqman al Basyir. Bayinya sekarang berumur 55 hari..

Ini sahaja maklumat yang telah saya dapatkan berkenaan beliau. Sama-sama kita doakan semoga rohnya dirahmati oleh Allah.

- Ibnu Ir Fadzil

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal