17 July 2010

Mantan Presiden PMRAM Kemalangan.... Inna liLlah..

Sedihnya apabila telah mendapat khabar berita semalam. Selepas Solat Jumaat, saya menghubungi Presiden PMRAM, kerana ingin berbincang sesuatu. Tetapi khabar yang didengari ketika itu, kurang sedap..

"Mantan Presiden PMRAM, Us Muiz mengalami kemalangan.. di kawasan bulatan MP.. Hayyu Zohor".

Us Muiz dikatakan kemalangan kerana memandu motor dalam keadaan mamai pada waktu pagi, selepas Solat Subuh. Kerana pada malam tersebut, beliau mendiskusikan Kitab di Rumah Terengganu, dan pulang ke Pejabat PMRAM dalam jam 12 malam.

Kemudian, beliau bersama beberapa orang Badan Pengurus membincangkan beberapa masalah mahasiswa dan penyelesaiannya sehingga jam 3 pagi. Terlelap seketika, dan mengerjakan Solat Subuh berjemaah.

Kemudian berkejar pula ke Rumah Selangor (Hayyu Asyir) setelah Solat Subuh tersebut untuk menghadiri usrah di sana... Dalam keadaan terlalu mengantuk tersebut, beliau gagal mengawal motornya lalu terbabas di tepi jalan.

Agak teruk lukanya.. Saya difahamkan bahawa beliau ke Hospital Rab'ah malam tadi bagi pemeriksaan lanjut.. Semoga beliau cepat sembuh.. dan kesungguhannya ini harus dicontohi..

4 comments:

khadamgerakanislam.blogspot.com on July 17, 2010 at 3:33 AM said...

Inilah perjuang seorang pejuang. InsyaAllah ini merupakan kafarah dosa daripada Allah.. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada Ustaz Muiz..

Abd Rahman Mohd Tharin on July 17, 2010 at 4:59 PM said...

kesungguhn seorg pejuang.. tahniah muiz.

ana menjmput beliau unuk usrah ajkt BKASM selepas qiyamulail berjemaah dan usrah selepas subuh.

insALLAH bkasm akan mnziarah mntn presdn.

محمد حكيمى بن عبد المطلب on July 17, 2010 at 6:02 PM said...

semoga ustaz muiz cepat sembuh....

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji on July 17, 2010 at 8:58 PM said...

semoga Us Muiz smbuh dan dpt mneruskn prjuangan seorg pejuang......amin Ya rabb

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal