13 July 2010

Wacana Semasa 14 Julai : "Keruntuhan Akhlak Mahasiswa"

KAHERAH, 13 Julai - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan menganjurkan satu wacana semasa yang bertajuk 'Keruntuhan Akhlak Mahasiswa' esok pada 14 Julai, Rabu bertempatkan di dewan BKAN Kedah, Hayyu Sabik pada jam 8.30 malam. Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama daripada Taakhi BKAN Johor dan Kedah.

Isu mengenai keruntuhan akhlak mahasiswa tersebut akan dikupas oleh panel jemputan khas daripada Malaysia iaitu Ustaz Mohd Suhaimi Mohamad yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Dakwah daripada Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan bersama panel yang kedua iaitu Sauadara Mohd Hakimi Hussein, yang merupakan Timbalan Ketua Unit Hisbah PMRAM. Moderator bagi wacana tersebut ialah Saudara Muhammad Mujahid Mohd Fadzil, anggota Fellow MANHAL PMRAM.

Tajuk bagi wacana tersebut dipilih berdasarkan situasi semasa yang semakin parah sama di kalangan mahasiswa sama ada di Malaysia dan di sini. Bertepatan dengan salah satu usul PMRAM yang disepakati pada Muktamar Sanawi PMRAM yang lepas dalam menangani masalah sosial dan memperkasakan Hisbah, tajuk wacana yang akan dibincangkan esok juga merupakan salah satu alternatif daripada pihak PMRAM dalam menyampaikan mesej kepada seluruh mahasiswa/wi yang berada di Mesir ini.

Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman mengulas bahawa wacana semasa ini akan dijadikan apa jua medan dalam kita mengenengahkan sesuatu isu semasa yang berlaku agar mahasiswa/wi di sini celik isu. Bahkan beliau mengharapkan dengan konsep wacana yang dibawa ini akan menjadikan medan dalam mencernakan idea dan ilmu serta mengutarakan pendapat dalam memberikan satu-satu jalan penyelesaian bagi sesuatu isu yang dibawa.

Seluruh mahasiswa/wi di Mesir ini dijemput untuk hadir beramai-ramai dalam menjayakan wacana semasa tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal