13 July 2010

Kenapa Lama Sangat Nak Dapat Passpot Baru?

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang mahasiswa Indonesia dan Filipina. Kami sempat bertukar pandangan dan kenangan. Antara yang mencuit hati saya, Indonesia memberitahu bahawa untuk membuat passport baru, hanya memakan masa SATU HARI sahaja di Embassy.

Erm.. apabila difikirkan semula, Malaysia bagaimana? Semua mahasiswa Malaysia di Mesir sudah tahu, proses untuk menyiapkan passport baru di Mesir memakan masa 3-5 bulan. Oh.. Kenapa begitu berbeza sekali dengan Indonesia, yang hanya memerlukan satu hari sahaja!

Entahlah, mungkin ada sesiapa yang tahu tentang kelambatan proses penyiapan passport ini. Satu lagi, bayaran yang diperuntukkan untuk Indonesia, untuk menyiapkan passportnya sebanyak LE 150 sahaja! wah!!

Kita? Lebih daripada LE 450.. Erm.. mungkin kita perlu berfikir semula untuk mentramformasikan perkara ini supaya lebih baik, dan mantop. WaLlahua'lam..

- ibnuirfadzil

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal