14 July 2010

Projek Sumbangan Amal Palestin IV


KAHERAH,11 Julai - Projek Sumbangan Amal Palestin (PROSMA IV) pada tahun ini diteruskan lagi demi meneruskan misi kemanusiaan dalam mengumpul dana bagi mangsa kekejaman Zionis. projek yang diletakkan di bawah seliaan Lajnah & Unit Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM ini dengan menggunakan modus operandi jualan barangan terpakai hasil kutipan daripada sumbangan ahli.

Projek ini telah dilancarkan sejak 2007 dan tahun ini merupakan tahun keempat projek ini dilansungkan. Konsep pada tahun ini tetap diteruskan seperti sebelum ini memandangkan barangan terpakai di dalam simpanan PROSMA telah dijual pada PROSMA III.

Pengarah PROSMA IV Saudara Hafiz B Ahmad ketika ditemui menyebut bahawa gerak kerja telah dijalankan pada hari ini dan penyumbang boleh menyerahkan sumbangan masing-masing berdasarkan kriteria barang yang telah ditetapkan. Beliau juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak dipelbagai peringkat dalam memberi sumbangan agar projek ini dapat direalisasikan.

Sebarang rujukan bolehlah menghubungi Unit Kebajikan BKAN dan DPM masing-masing bagi mendapatkan maklumat atau terus menghubungi Pengarah PROSMA IV Saudara Hafiz Ahmad di talian 011-1092289 dan Timb. Pengarah PROSMA IV Saudari Norhanizam Bt Saion 011-6417275.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal