07 July 2010

Amerika Dilanda Panas Terik, Jangkaan Musim Bunga Terpanas Berlaku


SEORANG budak perempuan, Anna Stock membasahkan kepalanya dengan air pancut di Monumen Washington di Amerika Syarikat pada Ahad lalu.


WASHINGTON - Panas terik dijangka melanda timur laut Amerika Syarikat (AS) dengan suhu setinggi 38 darjah Celsius.

Suhu panas juga dijangka berlaku di New York, Washington dan beberapa kawasan lain di pantai timur.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran mengenai suhu panas yang boleh menjejaskan kesihatan terutama kepada kanak-kanak dan golongan tua.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk supaya minum air dengan banyak, berada dalam bilik berhawa dingin dan kerap memeriksa kesihatan keluarga dan jiran.

Ahli-ahli meteorologi memberitahu, sebahagian daripada kawasan tengah Atlantik telah merasai bahang cuaca panas tahun ini.

Musim bunga paling panas dalam sejarah juga dijangka berlaku.

"Kawasan selatan akan merasai panas terik pada lewat minggu ini," kata seorang ahli meteorologi, Alex Sosnowski. - AFP

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal